NASI BARYANI WAK GONDAN TERBAIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT


WASSALAM sudah Nasi Baryani Wak Gondan yang Pak Inche tapau kelmarin. Sebelum maghrib, Sk masukkan dalam periuk nasi (elektrik), masukkan air masak dan tenggekkan pengukus. Di dalam pengukus, Sk letak mangkuk ayan berisi baki Kari Kambing. 

Ayam Masak Merah kena mengalah, tak boleh selit sekali masa panaskan nasi. Sk masukkan dalam periuk kecil dan panaskan atas api dapur. Acar Jelatah ada sikit lagi, cukuplah tu seorang sejemput 🤭.



Terdengar Pak Inche beri salam dari pintu depan. Kemudian Pak Inche letak beg plastik atas meja. Macam selalu la tu, tambah lauk. Dibelinya kambing dua ketul dari Restoran Nasi Beriani ****.


Malas nak ceduk Ayam Masak Merah dalam mangkuk. Dan lupa nak snap pic Kari Kambing WG yang Sk tambahkan telur rebus gudis pengantin Kulim, hihi. Yang pasti, di tekak Sk, NBWG dan Kari Kambingnya terbaik dan mengalahkan nasi-nasi beriani lain yang pernah Sk makan sebelum ni. Di tekak orang lain, tak tahulah kan, sebab sedap itu kan subjektif. 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sesekali dapat rasa makanan yang berbeza sedapnya, memang selalu akan teringat-ingat.

    ReplyDelete
  2. Ini yg viral kn.. Ramai cakap jln jammed sebab kedainyaaa 😅 Macam teringin pulak nengoknyaa 🥰

    ReplyDelete
  3. Senang boleh selalu beli kalau paling sedap.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!