Assalamualaikum WBT
BARU jer borak-borak dengan Naza dan Madihah pasal tak hujan dah berapa hari tetiba lepas tu hujan mula turun. Macam diseru-seru pulak hujan ni, Wallahu'alam.
Masih lagi cerita Jalan-Jalan Cari Makan di Utara.. Sk mengajak Pak Inche Menjamu Selera di Restoran Pagaq Puteh yang diceritakan Blogger Amie Kitchen, Kak Amie. Lokasinya tidak jauh dari The Jerai Hotel Sungai Petani tapi kecewa bila tengok pagarnya tutup. Mungkin bercuti hari Jumaat, tak ada rezeki. Pak Inche cadangkan ke Sup Lembu Sekoq yang kami nampak masa nak ke Tanjung Dawai siangnya, pun tutup, adoi!
Disebabkan dah sampai ke kawasan Semeling yang terkenal dengan satenya, jomlah kita singgah. Tentu ada menu lain yang boleh mengenyangkan perut selain sate.
Cucuq Udang RM5
Sedap cucurnya cuma kuah kacangnya terlalu pekat, macam kuah sate pun ya jugak.
Tak sahlah kan kalau tak pekena Bihun Sup Utara (RM5). Tapi tulahhh, Bihun Sup Utara dah hilang identiti agaknya, tak ada cabai merah. Dah derhaka ni! Nasib baiklah mood Pak Inche okay jika tak mahu jadi amukan makan Bihun Sup Utara tak ada cabai merah 🤣.
Pesan Sate Daging 10 cucuk (90 sen/ secucuk), Sate Babat 5 cucuk (RM1.50/secucuk). Dagingnya dipotong besar-besar, rasa nak tercekik mengunyah ðŸ¤. Dan betullah, kuah kacang yang sama juga dengan cucuq udang, hehe.
Tuan Tanah Kedaung makan Nasi Goreng Cili Padi (RM7). Selambak nasinya namun licin jua ðŸ¤. Sate la yang tak habis, bungkus bawa balik hotel, kot la lapar malam-malam, boleh kunyah-kunyah sambil tengok tv 😆.
Pembaca yang datang Sungai Petani tu, bolehlah singgah ya! Kat resit tu ada tulis alamat dan nombor telefon kotlah nak tempah sate untuk rumah terbuka raya nanti ke 😋
Dah hampir tengah malam, Pak Inche ajak makan Roti Canai pulak. Mula malas tapi kesianlah pulak nanti teringat-ingat jomlah kita! Huhuhu 😌
kuantan pun tiba2 malam tadi hujan lebat bawa ke pagi,ingatkan dah habis musim hujan
ReplyDeletebihun sup utara pun dah jadi johorean ke?mkn dgn sambal kicap?
kedai tu juai bihun sup utara (sebelah timur barat sikit)...tu yg depa pakai sambal kicap tak guna cabai merah.
ReplyDeleteTutup satu kedai, cari kedai lain. Tutup lagi, cari lagi yang lain.
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat makan sate saiz besar gedabaq, memang nak tercekik mengunyahnya hihihiii.
murah tu daging sebatang 90 sen...linda x jumpa dah harga tu..ayam pun dah naik singgit lebih
ReplyDelete