JALAN-JALAN CARI MAKAN DI UTARA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

Assalamualaikum WBT 

HARI ni Sk dan Pak Inche masih bercuti. Tapi, hari ni cuma lepak-lepak di rumah saja, berehat sebelum masuk kerja esok. Pagi ni, Sk sediakan sarapan telur separuh masak dan roti yang Cik Ani belikan semalam, Sk buat Roti Bakar Kaya stail kopitiam. Sebenarnya selalu jer beli roti ni kalau nak makan hotdog. Sebungkus tu ada 10 ketul, buat hotdog 4 ketul. Baki 6 ketul memang Sk buat macam ni la, baru boleh habis makan 😆.


Sambil menyelam minum air. Bila dapat jemputan walimatul urus dari Abang Ahmad Husny, Pak Inche membuat tempahan hotel di Kulim. Perancangannya macam selalu la, transit di mana-mana hotel di mana-mana daerah di Perak sebelum meneruskan perjalanan ke Kedah keesokannya. Sk mengajak Pak Inche singgah ke Rumah Makan Nasi Talam di Taiping yang diceritakan oleh Blogger Nur, rupanya restoran tersebut tutup hari Jumaat. Alang-alang, Sk mengajak Pak Inche terus ke Kulim la. Pak Inche buat panggilan ke hotel yang ditempah sebelum ini untuk daftar masuk sehari awal (malam tu) tapi dah penuh pulak.


Dalam kebuntuan tu, Pak Inche teringat The Jerai Hotel Sungai Petani yang kami pernah inap sebelum ini. Sk yang sedang memandu memang tak boleh bayangkan pengalaman sebelum ni cuma menurut sahaja la. Pak Inche membatalkan tempahan hotel di Kulim dan membuat keputusan untuk menginap dua malam di Sungai Petani. Aaa.. senanglah macam tu tak penat nak berpindah-randah 🤣. Lagipun dari Sungai Petani ke Kulim (rumah pengantin) cuma sejam sahaja. Sebelum daftar masuk, kami singgah makan Nasi Lemak Berlauk di bandar Sungai Petani. Tak pasti apa nama kedai yang menjalankan perniagaan di kaki lima ni, dekat dengan Perhentian Teksi dan Kopi Saigon.


Selepas masuk ke bilik, Pak Inche terus sahaja masuk ke bilik air dan mandi. Dah seharian kan, memang berlengas satu badan, lepas mandi tengok-tengok tiada tuala diletakkan di atas rak tuala dalam bilik air 🤣. Tengok atas katil tak ada, dalam almari tak ada 🤭. Apalagi, mengamuklah Pak Inche. Lama jugak la menunggu tuala dihantar ke bilik itupun pengawal keselamatan yang datang hantar 🤣. Haishhh.. teruk betul, tak mo lagi arrr duduk kat sini 🤭.


Tapi, kannn.. walaupun begitu.. buffet sarapan di sini antara yang terbaik la bagi Sk yang kuat makan ni, hahaha. Boleh dikatakan lengkap semuanya dengan sajian western dan lokal. Pinggan pertama Sk ambil American Breakfast dan Spaghetti Aglio Olio. Pak Inche dan nasi lemak memang sukar dipisahkan la.. dahlah baru jer malam tu makan nasi lemak 😆.


Disebabkan kami akan menginap dua hari di sini, Sk bercadang akan mengambil nasi lemak pada hari kedua. Sk mengambil semangkuk bubur dan sedikit kuey teow goreng, lupa nak ambil gambar tapi tak tipu memang ambil sikit jer tau 🤭. Memang dah banyak sangat makan ni, kenalah bakar kalori. Lepas sarapan kami terus ke Tanjung Dawai kerana Pak Inche nak  membeli belacan dan sotong kering kegemaran dia.


Jam belum lagi menunjukkan angka 11 tapi banyak lauk-pauk telah siap dalam tray di Restoran Rosimah Ikan Bakar yang terletak berhampiran tangga naik ke atas bangunan Arked Tanjung Dawai. Geram betul tengok Mentarang Masak Lemak Cili Api ni, besar gedabak.


Sotong Boncit pun ado! Rasa nak bungkuih ja makan kat hotel, hahahah. Tengok harga, tak jadi bungkuih... kirim salam aje laaa 😌.


Jengah pulak tengok pelbagai jenis air asam, budu, sambal tempoyak dan sambal belacan serta kicap pencicah ikan bakar. Haishhhh!!! Nak makan memang kenyang sangat lagi.


Kami terus naik ke atas. Masih lengang lagi, cuma dua tiga pelanggan sahaja yang ada termasuk kami. Kalau tak memang berhimpit dan berlaga punggung laaa. Lepas layan Pak Inche membeli-belah kami berjalan sampai hujung saja tengok-tengok apa yang menarik sebelum turun ke bawah semula.


Sampai bawah, Pak Inche kata, tak boleh tahan tengok ulam pucuk jangguih (gajus) dan ikan temenung bakaq. Makanlah, makanlah.. nanti kempunan pulak kalau teringat-ingat.


Sk mampu tengok aje la.. memang perut dah sendat tak mampu nak dimuat-muat. Sk cuma makan sedikit kerabu mangga dan sehiris babat air asam.


Syahdu ya makan sambil tengok laut. Pak Inche kata belum pernah lagi dia makan tengahari pukul 11 pagi 😆.


Ni kalau mak mentua lalu pun tak sedar!


Pak Inche sorang makan jer dah RM17.70!


Masa keluar dari restoran, orang ramai dah mula memenuhi ruang mengambil lauk.


Belangkas ni belum dibakar, kalau dah siap, nak jugak tapau seekor makan di hotel 🤭.


Dah sampai hotel, baru sedar charger jam tertinggal. Petang tu kami ke kedai-kedai jam di Amanjaya Mall cari charger tapi tak jual ya, kena cari kiosk Garmin juga. Adik kedai jam beritahu, kena pergi kiosk Garmin di Aman Cetral Alor Setar. Dah nak kena pi Loqstaq pulak dahhh. Mujur la terlintas nak google branch Garmin di Malaysia, ada sebuah di Sunway Carnival Seberang Jaya, Pulau Pinang, kira-kira 30 minit dari Sungai Petani berbanding 54 minit ke Alor Setar.


Pak Inche ajak kopi-kopi di Xixiang Kaya Kopitiam ni sebab tak ada kat Johor katanya 😌.


Tahu, tak.. Sk masa ni dah 12 hari tak ambil minuman bergula. Minum kopi pun kopi kosong tanpa gula. Punah! Ni ambil set terpaksalah minum padahal boleh jer nak pesan ala carte takpun suruh jer Pak Inche minum kopi tu Sk ambil ais kosong 😌.


Dari Seberang Jaya, kami ke Butterworth pula, nak makan Mee Sotong di Restoran Nor Mee Sotong yang pernah Sk blog sebelum ini DI SINI.


Pak Inche pesan semangkuk cendol kacang merah. Sk jamah sesudu, rasa pelik, rasa ubat gitu mungkin dari bahan pewarna. Tu takpa, cendol tu keras dari peti ais.


Pesan Mee Sotong sorang sepinggan tapi...


Dah kenapa Mee Sotong pun rasa ubat. Tak sedap macam dulu-dulu, sudahnya makan tak habis. Tak mahu lagilah makan dekat sini, black list!


Hari kedua di The Jerai Hotel Sungai Petani, pagi tu Sk sarapan nasi lemak. Memang sedaplah masakan di cafe ni, cuma kekurangannya di bilik penginapan la. Kalau nak lakukan pengubahsuaian tentu kosnya tinggi dan harga penginapan juga terpaksa dinaikkan berbanding bilik yang kami inap ni cuma RM178 termasuk sarapan untuk dua orang.


Kalau semalam Bubur Nasi, keesokannya ada Kuey Teow Sup. Supnya sedap berempah, sambal kicapnya sebiji macam sambal kicap di Restoran Empire Wak Lan Batu 10. Ishhh, pakkal jer tengahari nak pergi makan kenduri kalau tak haruslah Sk mengulang lagi semangkuk 🤣.

Burppp.. Alhamdulillah 😋

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tempat kerja pak sedara kita yang lama. saya kampung kat sungai petani pun pernah pergi jerai sekali je..haha

    ReplyDelete
  2. Ada rezeki jalan-jalan ke utara lagi, nanti nak rujuk blog SK, nak study tempat makan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!