MAKAN NASI ARAB KARI KAMBING 40 HARI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

DARI hari cuti Thaipusam tuari, Pak Inche dok berzikir ajak ke Batu Pahat. Entah apa yang nak dicarinya tapi dia kata saja nak jalan-jalan. Benda jalan-jalan ni ibarat, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, jadi, sebab Sk tak layan, maka tak menjadi. Ehhhh, sampai hari sabtu ya dia punya zikir tu. Sebab rajin berzikir la, bak kata Mak Cella, makbul. 


Lepas zohor, baru gerak. Sekarang ni tak kira la, cuti sekolah ke, cuti umum ke, cuti hari minggu tu, nak masuk highway mesti sangkut. Lori banyak, kereta lagi banyak. Sebelum sampai Batu Pahat, nak singgah makan dulu. Pak Inche tanya, nak makan kat Nasi Baryani Wak Gondan ke Kari Kambing 40 Hari? 

"Aaa.. ikutlah mana babah nak makan." 

"Kari Kambing la.. lama tak makan.." layannnnnkan aje la asalkan bukan kita yang bayo 🤭.

 Dekat pukul 3 baru sampai, masih panjang lagi yang beratur untuk makan tapi barisan tapau kosong. Kemudian, staf buka lane tapau kepada yang nak makan jugak, jadi lepas tu laju sikit barisan bergerak.


11 minit kemudian, semua siap terhidang.
Sk - Nasi Arab Ayam
Pak Inche minta - Nasi Arab Kari Kambing + 1 ayam, tapi dia setkan Nasi Arab Ayam + Lauk Kari Kambing. Kira 2 x 5 =5 x 2 la tuuuu. 

Nasi Arab Ayam RM14.85
Nasi Arab Kari Kambing RM16.95
Nasi Arab Lamb Shank RM45.00

Set Dulang 
2 Kambing, 1 Ayam RM61.50
1 Kambing, 2 Ayam RM56.20
Percuma 1 Jug Minuman Kordial



Sk lebih suka ayam berbanding kambing sebab tak nak kacau rasa nasi arab tu. Ayamnya juicy, nasi pun lembab, jadi tak adalah rasa kering sangat masa makan. Itu bagi Sk la, orang lain mungkin lain pulak seleranya. Macam Pak Inche, dia suka kuah kari kambing tu. Sk jamah sikit ajelah nasi campur lauk kari kambing buat syarat, hihi.

Boleh baca pengalaman pertama makan Nasi Arab Kari Kambing ni DI SINI dalam tahun 2015.


Begitulah jika orang Majlis Bandaraya datang, licinnnn 🤣.


Pukul 3.25 orang dah tak ramai. Adakala, dah tak ada yang beratur. Waktu operasi sampai jam 3.30 petang sahaja tapi kadang pukul 4 tu masih ada lagi. Dicadangkan untuk tapau ajelah sebab staf dah nak kemas-kemas meja.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nasi Arab Kari Kambing? Gabungan Arab dan India. Macam mana rasa campur 2 rasa yang berbeza.

    ReplyDelete
  2. itulah pentingnya zikir.. :D.. tak sia sia berzikir..

    ReplyDelete
  3. Lalu few times tengok panjanggggg line nya. Postpone jugak. Meleleh ni tengok SK sekeluarga makan hehe

    ReplyDelete
  4. Ini kedai yang tepi highway tu yer SK...macam ada nampak...

    ReplyDelete
  5. Nampaknya sayalah yang paling lewat sampai. Mama Cella... kita mengembek ajelah...emmmbbeeek!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!