Assalamualaikum WBT
SEMALAM, Pak Inche minta masakkan Sambal Ayam. Memandangkan semalam Sk kerja, Sk minta Pak Inche gorengkan ayam siap-siap supaya senang kerja Sk nak menyambal. Rupanya, Pak Inche panggil plumber betulkan salur sinki yang Sk cerita bocor tu. Jadi, masa Sk sampai rumah, belum lagi digoreng ayamnya, tapi dah siap perap dengan garam dan kunyit.
Sinki tu pulak sebenarnya bukan bocor tapi dah berat dengan lemak 🤣. Bila berat, sambungan dia makin lama makin lendut dan hampir nak tercabut menyebabkan air basuhan meleleh keluar. Tu yang sampai banjir dapur. Baguslah Pak Inche panggil plumber tu, dia dah tukarkan dengan salur yang baru.
Siap Ayam Sambal atau Sambal Ayam atau Mak Cella kata, orang Kedah panggil Ayam Masak Cabai, menu istimewa bila kenduri-kendara di kampung. Tapi, di rumah Sk, menu ni wajib setiap minggu. Boleh dikatakan lebih kerap dimasak berbanding Kari Ayam. Nak masaknya senang asalkan dah siap stok cili giling dan bawang yang dikisar bersama. Cuma yang leceh, ayamnya nak kena goreng dahulu.
Masak sejenis aje la lauk utama, kemudian goreng telur mata tuang kicap. Eh, boleh pulak tu, sama-sama tambah nasi ðŸ¤. Masih makan berdua la.. tak sangka betullah orang kata, di usia senja ni memang akan tinggal berdua. Lama-lama nanti tinggal seorang, tak tahulah nanti siapa yang kena tinggal sorang-sorang tu, huhuhu.
menu ni 1 lauk pn cukup dh...extra ada telur tu mmg ngam
ReplyDeletesedap ni... yumm yumm yumm..
ReplyDeleteSedih pula ayat last tu. huhu...
ReplyDeleteBerlawan pula bertambah nasi ye. Bila lagi nak berlawan kan. hehe...
lauk macam ni yang baut piyuk bocor..
ReplyDeleteMaunya tak bertambah kalau lauk gini hihi....
ReplyDeleteAla, ayat last tu touching huhu...
Adoi...kalau bab sink memang boleh hilang mud nak masak kan..Sink sekarang ni bahaya juga bila plumber tak pasang saluran S tu dia jadi perangkap lemak ..jadi " lemang" lemak
ReplyDeleteAduhai SK... di usia senja ini tinggal berdua saja, marilah kita terus berkasih sayang dengan pakwe hingga ke hujung nyawa.
ReplyDeleteKat rumah ammi pun sama...pak encik yg masuk dapur asal takde idea je mesti sambal ayam dimasaknya. mujur sambal dia sedap
ReplyDeleteAisssh jangan disebut2 dulu masa sorang2 nanti kak... Nikmati masa2 bersama dengan soulmate saja 😊.
ReplyDeleteSaya pun sukaaa balado ayam seperti ini. Tapi saya blm bisa sedap buatnya. Jadi kalo teringin sangat, biasanya beli 😅