NASI LEMAK SAMBAL SOTONG KERING KEMBANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT

MEMANDANGKAN semalam Jumaat dan tiada kenderaan untuk berpeleseran 😂, satu hari Sk cuma duduk di rumah. Banyak jugaklah pengisiannya, mengemas, sapu sawang, sedut habuk, lap kipas, mendobi.. malah sampai ke malam pulak kerja bertambah bila salur air sinki longgar, air melimpah ke lantai. Memang tak nak bagi kita rehat la nampaknya. 

Dalam pada tu, siap jugaklah memasak Nasi Lemak Sambal Sotong Kembang Kering. Sotong Kembang Kering tu beli di Tanjung Dawai. Makcik tu rekomen sotong sebesar dua tapak tangan ni, sekilo RM90. Tapi tak la beli sampai sekilo 🤭, beli 6 ekor aje.


Sk fikir, ini jenis sotong katak. Jadi besar macam tu sebab dibelah dua. Sk rendam dua ekor hingga tenggelam dan masukkan dua senduk air abu, rendam selama dua jam. Sotong masih liat tapi mampu dikunyah, mungkin lain kali kena rendam tiga jam. Selepas direndam, ia jadi kembang dan tebal, macam sotong kembang yang biasa orang buat Rojak Sotong atau Sotong Kangkung tu.


Dinner semalam, masih lagi berdua. Iman tak balik, minggu ulangkaji dan sebagai urusetia Festival Madani yang berlangsung sejak 26 Januari sehingga 4 Februari 2024. Macam selalu la, selain telur lenggang, ada telur mata. Tu mujur tak tambah telur rebus, hehe. Berbaki lagi sepinggan, jadi pagi ni Sk habiskanlah, Pak Inche sarap roti pun dah kenyang dia tu 😆.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak sedap nasi lemak tu SK. Klu buat sambal sotong, saya biasa masak guna sotong segar je, belum pernah cuba sotong kering macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah sotong kering pulak, macam lebih sesuai bagi sy guna sotong kering banding sotong segar. Tapi ikut jugak selera masing² kan.

      Delete
  2. Biasanya saya rendam satu malam. Cukup keembang dan kenyal apabila dimasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik tu ajar rendam 3 jam utk 3 ekor sotong. Sy tanya kalau semalaman boleh tak? Dia kata nanti lembut sangat pulak. Mgkin boleh cuba lagi nanti rendam semalam.

      Delete
  3. Kalau Cie ni makan sambal jela tak makan sotong. Hihi. Masak sotong biasa tu je untuk anak-anak dan suami.

    ReplyDelete
  4. Kalau ada kedai nasi lemak berlauk. Saya suka tambah sambal sotong.

    ReplyDelete
  5. Biasanya di sini kami x pernah guna sotong kering.. tak biasa makan.. adakah rasanya sama seperti sotong biasa?

    ReplyDelete
  6. Seingat saya..saya baru sekali masak sotong kering ni...Masak tak study...liat jenus nak kunyah...Lepas tu tak pernah masak dah...hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!