TAPAU NASI LEMAK AL AISY

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT


KINI viral Nasi Lemak Al Aisy yang membuka restoran baharu di Taman Bukit Indah. Pak Inche kata, sebelum ni mereka meniaga di warung. Sk pun malas nak ambil tahu ni, yang penting kita turut perintah sajalah apabila Pak Inche mengajak ke sini. Sebelumnya, kami ke Aeon Bukit Indah tapi plan asal nak ke Paradigm Mall, tapi tak boleh masuk, jammed!


Pergi ni masa 25 Disember, hehehe.


Nampak staf Al Aisy tengah memanggang sotong dan kambing. Jahat eh sotong ni menggoda kita dengan perut buncitnya tu. Tapi, tak lama, tukang masak sotong ni hiris-hiris pulak sotongnya maka hilanglah kacaknya si sotong.


Hirisan kambing. Teringat dah lama tak sarapan Nasi Lemak Kambing Bakar di Dapur Tokma, Taman Orkid.


Sotong buncit sebelum kejadian dihiris-hiris. Eh, yang kat tengah tu dah kena hiris 


Boleh pilih dine in atau tapau. Kami tapau jer la.


Jockey sedang menceduk nasi dan lauk. Pilih lauk la ya.


Senarai harga dipamerkan di sini jadi tak timbul isu tetiba kena caj mahal. Tapi tokojut jugak la tengok harganya kayangan jugak, hihi.


Tapau dua bungkus, Iman dah hantar balik asrama sebelum kononnya nak ke Paradigm Mall tu.


Pak Inche pilih Ayam Rendang. Jockey bagi ceker goreng. Mana mahunya dikunyah lumat jika ceker digoreng lainlah jika dibuat sup.


Sk ambil Ayam Goreng. Sambal diberi sikit bebeno, dah macam makan nasi kosong. Kalau nak sambal extra kena beli RM2/2 senduk. Bukan tak mampu nak beli tapi menyampah la kalau berkira harga sambal. Dah nasi lemak, mestilah nak makan dengan sambal banyak, kan. Lainlah kalau budak kecik takut pedas!


Semua sekali dalam RM21.50 (tak silap)

Nasi dah sedap tapi bila sambal sikit, hilang sedapnya.

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita pun tergoda jugak tengok sotong tu. Baguslah dia pamerkan harga. Risau sekarang sotong pun dah naik kayangan dah.

    ReplyDelete
  2. Dia femes orang panggil nasi lemak AMbank Kak, dulu masa duduk Bukit Indah memang jadi pelanggan tetap tiap kali amik anak tuisyen, sedap betul di tekak kami anak banak, nanti nak try plak ke kedai dia ni ..

    ReplyDelete
  3. Puncak rasa nasi lemak sudah tentulah pada sambalnya. Kurang sambal memang boleh potong selera nak habiskan nasi lemak.

    ReplyDelete
  4. Eh bukan pak inche kata taknak makan nasi waktu malam ke sbb nak jaga kesihatan? hihi. Gurau je ye. Tapi ayam goreng tu nampak sedap sangat. Mana lagi sedap, ayam kat sini atau ayam dekat Wak Kentut? 😄

    ReplyDelete
  5. Betul SK, nasi lemak tak cukup sambal 'cannot go' 😂

    ReplyDelete
  6. Haah memang tidak nampak sambalnya. Rupanya di hujung kotak dan tersembunyi.
    Alamak sambalpun kena caj. Patut letaklah sambal berpatutan dengan nasi.

    ReplyDelete
  7. Amboi..seksi betul sotong tu..tapi mahal kan...nasi lemak sambal kurang rasa dia x lengkap..kena sambal banyak..SA pun x suka kalau sambal pun nak berkira

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!