MAKAN-MAKAN DI PULAI SPRINGS SEMPENA HARI JADI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT

MAKAN jammed sajo la sepanjang hari Sabtu tu. Ini memang JB problem la, semua jalan sesak dan shopping mall penuh dengan manusia. Nak nak tak lama lagi berlangsung perayaan Tahun Baru Cina kan, memang berbondong-bondong la mereka shopping, kaya.. kaya.. kaya!!


Pak Inche nak ke Restoran YX tapi Sk cadangkan kami ambil buffet Fire Grill BBQ Dinner Special di Pulai Springs Resort ni. 


Sampai jer, terus tuju ke stall BBQ dan Pasta. Kemudian ambil terus Sago Gula Melaka dan Puding Laici.


Birthday Garl!


Bapak Birthday Garl merangkap tukang sponsor.


Pinggan kedua Sk
Mee Hoon Goreng Tomyam, Nasi Butter, Mix Vege, Ayam Panggang dan Siakap Kukus.


Ambil Potato Soup dan Soft Bun. Akhir sekali makan ais krim. Tu jer la yang larat nak makan, banyak jer makanan lain. Pak Inche ambil Steamboat tapi geram betul, mereka tak top up ya buffet, kalau dah habis, habis gitu jer. Dapatlah Pak Inche ketam sebelah, Sk cakap, patutnya beritahu, saya nak ketam lagi 5 ekor, baru berbaloi bayar, hahahaha.



Mana lagi nak cari buffet bbq harga bawah RM70 kat JB ni? Tak ada ya.. semua dah seratuih lebih sekepala. Ini buffet yang sama kami datang masa Hari Jadi Sk tahun lepas, harga pun tak berubah. Buffet ni juga bukan setiap hari ya, ada tarikh tertentu, kena follow Page FB Pulai Springs Resort untuk dapatkan maklumat promosi terkini.


Masa di mall, masuk Kedai Buku Popular beli alat tulis untuk peperiksaan minggu depan. Nyaris lagi Sk nak beli novel baru, huhu. Balik dari Pulai Springs, singgah Speed Mart beli sabun dan makanan kucing. Iman bela kucing kat kolej, hahahaha. Sebenarnya bukan Iman bela tapi bila kucing asyik datang bilik, rasa kesian pulak kalau tak ada makanan nak bagi.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. happy belated birthdayy
    udang besau sedappnya

    ReplyDelete
  2. kucing tu pun mesti macam..kita lepak depan pintu kak iman jelah..confirm kenyang

    ReplyDelete
  3. Murah memang Kakk kalau bbq seafood.. rata² semua atas rm100 .. tapi tang tak topup tu tak bolehlah macamtu.. sbb kita bayar buffet kannnn

    ReplyDelete
  4. Selamat harijadi terlewat untuk Iman.
    Alahai sebab murah tidak tambah lagi ketam dan segala makanan.

    ReplyDelete
  5. dpt pakej bbq buffet bawah seratus not bad tu...puas mkn

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni bukan Sabtu je ramai orang. Ahad pun sama. Ahad jem orang nak balik pulak. Serba serbi harga naik sekarang ni. Kenapalah dia tak topup kan. Kempunan lah kita kalau tak dapat makan.

    ReplyDelete
  7. Bukan kat JB je steamboat depa x top up, kat CH pun sama...hangin je padahal bayar mahal kan..

    ReplyDelete
  8. kolej kat utm memang banyak kucing. pening kepala sebab asyik selongkar sampah kat kolej tu. kita beli kibbles pun, bila dah lemau, tak pandang, dia tetap selongkar tong sampah.
    Happy birthday Iman..semoga sentiasa jadi penyejuk mata dan hati ibubapa...dan dapat jodoh yang baik lagi soleh

    ReplyDelete
  9. Di sini pun buffet kurang lebih segitu juga harganya 😄. Saya tak terlalu suka buffet style, karena merasa rugi tak bisa makan banyak 😅. Sementara harga mahal. Makanya lebih suka ala carte.. sesuai porsi

    ReplyDelete
  10. Alamak...baru sempat baca..
    Happy belated birthday anakanda Iman....Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..Baru perasan dak Iman pun Januari ek...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!