MENGOPI DI D'TOK DANG CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT

TERASA lambat sungguh waktu bergerak di hari pertama tahun 2024 ni. Meh la Sk bawa pembaca mengopi dulu. Kita ke Parit Makuaseng, Benut, Pontian, Johor.

Susah nak sebut, kan.. nama Paritnya. Sk pun berapa kali nak ingat, Ma ku A Seng, begitulah agaknya sebutannya. Ia dikatakan diambil sempena nama La Makkuaseng yang datang meneroka kampung dan bercucuk tanam di sini pada tahun 1912.


Sk buat carian di facebook, kedai kopi di Pontian dan lalulah di wall, D'Tok Dang Cafe ni. Kemudian Sk cuba masukkan dalam aplikasi waze yang membawa kami tiga beranak ke Parit Makuaseng. Tak jauh sangat la ke dalam, lebih kurang tiga kilometer sahaja rasanya dari jalan utama Batu Pahat - Pontian.


Tak sangka ya, dalam kampung ada cafe yang indah tersergam dengan ciri-ciri moden klasik. Pada mulanya Sk risau juga nak letak kereta sekadar di pinggiran di pinggir parit tapi ternyata pemilik cafe telah menyediakan kawasan parkir yang luas untuk pelanggan bersebelahan kafe.



Sistem pesanan dibuat secara manual. Ada staf yang datang ke meja membawa menu dan mengambil pesanan. Kafe ni menawarkan menu local dan western yang tidak terlalu berat untuk disediakan. Harga pun berpatutan.


Sementara tunggu pesanan makanan dan minuman dihidangkan, bolehlah layan dulu otak-otak, kacang rebus dan kacang kuda. Jika tak nak, jangan malu untuk pulangkan. 


Suka suasana hijau di sekeliling cafe ni. Kalau nak santai-santai bolehlah duduk di sofa dengan meja kopi ni. Kalau nak makan berat, mungkin ia kurang selesa.


Latte Tok Dang
Salted Caramel Latte
Toffee Latte

Puas hati sangat bila minuman sejuk dihidangkan dalam gelas macam ni. Salah satu kelainan yang dibawakan D'Tok Dang Cafe.

Latte Tok Dang menggabungkan rasa latte dan berry, mengingatkan Sk pada menu Golden Gate SF Coffee yang menggabungkan rasa kopi dan oren.


Kopi di D'Tok Dang bukan biashe-biashe tau!


Pakkal la jauh dari rumah. Memang boleh masuk dalam list kena repeat ni!


Cafe ni masih baru lagi rupanya, baru sebulan tapi dari jumlah pelanggan yang ramai petang tu ada potensi nampaknya untuk pergi lebih jauh. InsyaAllah. 

D'Tok Dang Cafe

T/L 40 PML
Parit Makuaseng, Benut, Pontian, Johor.

No Telefon :014-7746024
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!