KUEY TEOW GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

SEJAK tersebar berita kematian pelakon Korea, Lee Sun-kyun, drama bersiri My Mister mula diviralkan. Ia bukanlah drama baharu tapi telah ditayangkan pada tahun 2018. Selain dari My Mister, banyak lagi drama lakonan mendiang yang Sk tonton antaranya Diary of a Prosecutor dan beberapa lagi. Tapi, sebab My Mister ni viral semula, kita buat ulangkaji la 😆. Drama ni setiap episod tu penting jadi tak boleh skip. Ada satu malam tu, Sk tak boleh tidur lena ya. Dalam tidur tu dok berpusing-pusing muka Park Dong-hoon tu. Dahlah orangnya dah meninggal, ngek betul, hahahaha.


Sebelum menonton episod terakhir malam tadi, Sk goreng dulu Kuey Teow baki dari Char Kuey Teow yang Pak Inche masak hari tu. Kuey teow kalau dah masuk peti sejuk memang keras la, tak macam mee kuning masih lembut lagi. Sk suruh Pak Inche letak di luar (bukan luar rumah tapi biar pada suhu bilik 😆) sejak pagi. Masa nak goreng tu dah elok tak keras kuey teownya jadi taklah patah-patah bila kita gaul dalam kuali.

Kali ni letak kerang dan daging. Daging tu Pak Inche dah siap hiris, dia kata nak ada daging. Sk baru fikir nak masukkan udang, tak jadilah masukkan udang. Ada baki taugeh dan daun kucai, kita campak sekali dalam kuali 😋😋😋.

Makan seorang semangkuk, ada baki lagi dalam tiga mangkuk kot. Sebungkus kuey teow tu sekilo kan. Tadi pagi nak panaskan pun malas nak serakkan dapur lagipun nak cepat. Sejak budak-budak naik sekolah awal tahun ni, jalan sesak macam apa. Sakit hati ya, bulan ni jer dah 3 atau 4 kali lambat clock in. Dahlah sistem baru ni dia boleh bagi kesan pada gaji secara automatik. Naya la kalau gaji kena potong, lari bajet nak beli barang viral kat TT.. tibahhh!! 

🤣

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nampak menyelerakan kuetiau tu..

    ReplyDelete
  2. tetibe teringat citer chef tikus tu, tp xde kaitan pun dgn entry.. dalam citer tu kata, kalau kite rajin masak kite takkan lapar.. (tetibe jerk tgeringat bila baca entry ni) :D.. maka ditulisla di sini.

    ReplyDelete
  3. dana memang layan drama my mister masa dia tayang tahun 2018 dulu, dana suka cerita tu entah jalan ceritanya tu best. Bila jadi kes gini macam bebetul je jalan cerita dengan hero tu, cuma dalam cerita tu dia seorang yg kuat. Tapi di dunia nyata, dia tewas... tewas dek kejahatan disekelilingnya

    ReplyDelete
  4. Tak ingat pulak pernah layan ke tidak drama ni. Tak tahu pulak viral. Nanti nak tengoklah. Macam lama pulak tak makan kuetiau, masak apatah lagi. Kucai dan taugeh tu buat tambah sedap. Lagi sedap ada kerang. Udang tu wajib letak. hihi..
    kita masak ni kadang ikut selera orang. Orang suka makan, kita pun happy.

    ReplyDelete
  5. Alaaaa.... janganlah sampai kena potong gaji.
    Kita suka makan kuetiaw goreng tapi lebih sedap kalau orang lain yang masak. Dah jemu dengan masakan sendiri.

    ReplyDelete
  6. SA x pandai goreng Kuew Tiaw..dan bukan fav so memang jarang ada kat rumah...hehehe...dapnya..SAa sekarang nak orang masakkan untuk SA..jemu dah makan masakan sendiri...tapi tiap kali suami balik memang kena masak ikut permintaan dia

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!