Assalamualaikum WBT
SEMALAM, Sk dan Pak Inche memenuhi undangan Walimatulurus pertama di tahun 2024 yang diadakan di Dewan Masjid Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai. Tuan rumahnya, Kak Asnah dan suami, En Khairudin. Kak Asnah merupakan staf senior dari Bahagian Sumber & Manusia. Terima kasih, Kak Asnah atas undangannya 😍.
Doa Untuk Pengantin Baru
Nur Fatin binti Khairudin & Muhammad Nur Akmal bin Fadzilah
Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah)
Duduk semeja dengan Azni dan Azni, hahahah. Dua beradik ni, kedua-duanya bernama Azni di depan, jadi, dua-dua kita panggil Azni laaa. Tiga tahun lepas, Sk ada blog
Majlis Kenduri Azni (berbaju ungu) di Felda Semenchu. Kemudian, lama jugak la kami tak berjumpa (kami berlainan pejabat), tup-tup, muncul seorang staf baharu muka sebijik dengan Azni, nama pun Azni jugak. Rupanya adik-beradik 😍. Sekarang si kakak dah bergelar surirumahtangga selepas melahirkan anak sulung dan kini sedang menanti kelahiran anak kedua. Semoga dipermudahkan urusan Azni nanti.
Ops, katering letak terbalik pulak kertas lilin ni. Dah meresap kuah sampai ke bawah, tapi makan tetap makan la 🤭. Hidangannya Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Daging Lada Hitam, Dalca dan Pajeri Nanas. Kak Asnah menggunakan khidmat katering dari Dapur Che Yat. Sedap hidangannya terutama dagingnya lembut sangat. Paling suka sebab ada pajeri nenas la.
Sambil makan tengok pengantin beraksi di pelamin 😆. Tak silap Fatin ni anak kedua Kak Asnah yang mendirikan rumahtangga.
Ambil Bubur Jagung, Gandum dan Sagu.. pun sedap. Ada karipap pusar dan kuih bakar, sedap jugak. Haishhh.. semuanya sedap la. Selain tu, ada juga Soto dan Laksa Johor. Kalau tak mengenangkan ada tetamu lain yang nak duduk juga, mahu Sk menjamu selera sampai habis majlis 🤭.
Sejak kebelakangan ini, di Johor kembali dihidupkan tradisi pemberian telur pindang sebagai buah tangan kepada tetamu. Seingat Sk, ada satu ketika, ramai yang tidak lagi memberikan telur kepada tetamu dengan alasan telur mudah rosak dan menggantikannya dengan gula-gula. Untuk catatan juga, sebenarnya Kak Asnah tempah telur pindang dari Angah tapi tak ada rezeki, kan apabila Angah diserang demam denggi minggu lepas. Syukur, Kak Asnah dapat pengganti pembuat telur pindang iaitu Abang Ali, ahhh.. geng kitorang jugak 😆.
Rsenya dah lama x makan nasi kenduri.. Tgu sepupu kawen je lah bulan 5 nanti
ReplyDeleteBagus tu kembalikan tradisi telur pindang.
ReplyDeleteDulu-dulu bukan main suka kalau emak bawa balik bunga telur. Sebiji kongsi ramai-ramai. Sedapnya lain macam, ada aroma bunga rampai lagi.
Ye la...tahun ni belum ada jemputan kenduri lagi...teringin plak makan nasi kenduri..selamat pengantin baru Fatin dan Akmal...
ReplyDelete