Assalamualaikum WBT
AKHIR tahun lepas, dua kali jugak Cikwa balik Johor. Sekali bulan November dan sekali lagi hujung bulan Disember. Cikwa bertolak balik ke KL pada 1 Januari 2024 yang merupakan cuti umum sempena Tahun Baru Masihi. Tapi, Johor tak ambil cuti tahun baru. Dapatlah gather-gather dengan Cikwa sekali masa Ilham belanja makan di Der Cabin Bistro.
Tiap kali balik, mesti Cikwa bawa balik desserts viral dari KL. Selalu jer Sk ambik gambar tapi kadang berzaman tak naik entrinya. Meh la kita tepek sini ya sebelum kita buang dari galeri. Nak pulak, handphone ni dah berapa kali warning, storage full 😆.
Cheese Tart Boncit, Kek Batik Indulgence dan Fruits Strudels.
Fruits Strudels dan Kek Marble. Oh, kek marble tu Angah yang beli, bukan dari KL. Saja menyelit sekali.
Terselit juga, karipap dan goreng pisang sambal kicap yang Sk beli di gerai depan Warda Mart, BBU.
Talam Berlauk Jelita kemahennn. Ni dari KL ke eh? Lupa ðŸ¤
Terpaling sedap ni.. Batik Indulgence. Tak tahulah berapa harga sekotak ni sebab Sk tengok kat Maneh, seketul pun dah RM8. Ada cream puff jugak tapi terlupa agaknya nak snap.
Kek Lapis dan Kek Buah dari KL jugak tapi bukan Cikwa yang beli atau bawa. Ni sepupu Sk, Kak Titi bagi ibu masa raya hari tu. Kak Titi kirim dengan abangnya yang kami panggil Abang Man yang singgah rumah masa raya tahun lepas. Bertuah betul, baru keluar gambarnya, hahahah.
wahh...mcm2 dessert & kuih muih..yg manis, yg pedas...tertarik dgn talam berlauk nan jelita itu...acuan kaswi gedik...
ReplyDeleteMemang jelita betul talam berlauk. Ingat pencuci mulut masa pandang.
ReplyDeletewahh sedapnya manisan!
ReplyDeleteSaya tak minat kek batik tapi kalau versi indulgence tu..sukaaa
ReplyDeleteSemua nampak sedap dan manis manis macam Cikwa..hehehe