ANNIVERSARY DINNER PALING SEMPOI

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT


DINNER Anniversary terpaling sempoi tahun ke 24 ni, makan kedai tepi jalan dalam pinggan pakai buang, sudu garfu bawa sendiri dari rumah, hahahahah. 


Pak Inche ajak makan di restoran pujaan hati dia, YX.. tapi Sk malas nak memandu sampai Masai. Dah Pak Inche pun 2x5 malas jugak, kita pergi yang dekat-dekat aje la. Hari tu dah makan di Tip Top BBQ, kali ni kami pilih makan di Tip Top jer. Sebenarnya musykil jugak apa nama betul gerai ni ha? Tip Top Yong Yong kot, hahahah.


Dekat sini, mereka memang guna pinggan sudu garfu pakai buang, jadi, Sk bawa sendiri sudu garfu dari rumah. Pesan sepinggan nasi seorang dan Kangkung Belacan, RM10. Laicikang Pak Inche, RM6.50. Ikan Pari dan Sotong RM62.40. Masa baru-baru makan dulu ikan pari tu sekeping baru RM8, jauh beza betul! Tu tak pa, semalam sotong liat macam getah, sambal pun sikit. Dekat sini ada kala makan nasib baik sedap sangat, sambal tak kedekut. Mungkin semalam nasib tak berapa baik, huhu. Tengok sedih jer muka Pak Inche 🤭.


Pak Inche kata, tak nak lagi makan kat sini. Memang kami sama-sama tak puas hati semalam. Tak apalah, nanti cuti raya cina kita pergi jjcm ikan bakar jauh sikit ya, kita cari yang katanya terpaling sedap di Tanah Malaya ni.. hihihi.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. mmg sempoi tu anniversary dinner...tkpe nanti CNY jjcm ikan bakar jauh skit ye

    ReplyDelete
  2. Betul betul sempoi ni. Sebbaik dah tahu dan bawa garfu sudu sesiap. Agaknya tukang masak orang lain kot, tu yang lain rasanya. Merajuk terus ek.

    ReplyDelete
  3. lama sangat la tu msk sotong sampai liat tu kak kan

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary, SK dan Pak Inche.
    Alamak, kurang sedap ke... siap bawa sudu garfu dari rumah lagi. :D

    ReplyDelete
  5. happy anniversary untuk Kak Seri dan suami.. semoga panjang jodohnya dan bahagia selalu

    ReplyDelete
  6. Selamat ulang tahun yg ke 24 kak SK.. Semoga bahgia selalu...

    ReplyDelete
  7. Tetap menjadi makan malam terbaik untuk merayakan wedding anniversary Mbak.
    Walau pak suami agak kecewa juga. Tapi semoga tidak mengurangi kebahagian.

    Salam,

    ReplyDelete
  8. Muka PI sedey...Tapi muka MI ada sinyummm...isteri yang baik selalu tetap bermanis muka..Happy anniversary

    ReplyDelete
  9. kedai ni kalau tukar tukang masak je habislah. macam haritu ammi teringin nak makan CKT kat satu kedai ni sbb rasa terpaling sedap kedai dia...skeali haritu hampa level hampa teruk sbb tak sama langsung. tawar hebeh, hangit pulak tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!