MAKAN DI ASSALAM THE KEDAI MAMAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

KELUAR rumah pagi ni dalam hujan. Tak lebat sangat tapi basah juga jika tak berpayung. Disebabkan malas nak keluarkan payung dari but kereta, Sk tutup kepala dan badan hanya guna windbreaker masa nak buka pagar. Sepanjang jalan hujan kadang lebat di beberapa kawasan termasuk di Plaza Tol Perling. Maka, terciptalah rekod pertama lewat tahun 2024 🤭. Sk clock in lewat 10 minit. Ramai yang memandu kereta agaknya bila hujan dan pemanduan jadi perlahan mengakibatkan jalan sesak. Malah, dari dalam kawasan perumahan pun dah jammed!


Dah berapa minggu tekak ni teringin nak makan Mee Goreng Mamak di Assalam The Kedai Mamak Kayangan. Cuma asyik tak kena masa aje. Malam tadi, barulah dapat tunaikan hajat anak tekak. Belek-belek menu tergoda jugak sebenarnya dengan Nan Cheese dan Ayam Tandoori. Tapi, nanti teringat-ingatlah selagi tak dapat apa yang diidamkan. Nak tak nak, kenalah pesan Mee Goreng Mamak sepinggan 😆.


Capati (RM5.00/2's) dan Keema Daging (RM6.50) untuk Pak Inche serta Nescafe Tarik. Kemahen dia eh siap minum nescafe malam-malam, tak nak tidur ke malam ni, sindir Sk. Yang peliknya, boleh pulak tu dia tidur, hahaha. Ini pertama kali pesan capati kat sini. Besar betul capati tu, nampak tak, dia dah lipat pun masih besar lagi. Capati lembut dan sedap, keema pun sedap. Ada kebarangkalian la lain kali Pak Inche repeat makan capati, hihi. 


Mee Goreng Mamak (RM9.50). Sedap dan terasa kenyal tapi macam terlebih seasoning. Dah makin lama makin masin 😆. Mungkin tak gaul sebati, jemput-jemput tepungnya pun sejuk, tak sebati panas dengan mee tu. Memang tak mampu la nak licinkan semalam, Pak Inche pun pelik, jarang nampak Sk makan tak habis, kan. Sebab makin bawah makin masin, Pak Inche ambik sikit, masinnya, dia kata. Padahal, dia yang intro sebelum tu, tak masin pun. Tu takpa, masa perjalanan balik, Sk dah mula rasa sebu. Perut mengeras sampai ke dada, sahhh.. penangan asid borik, patutlah mee tu kenyal jer. Risau jadi cirit-birit atau muntah-muntah jer, mujur selamat. Tapi dia jadi apa tau, dermatitis naik sikit laaa. Terus insof, tobat tak mahu makan mee kuning lagi 🤭. Iyalah tuuuhh, Sk!

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mee nampak sedap tu... tapi masin pulak yaa...

    ReplyDelete
  2. Itu yang saya tidak makan mi kuning.
    Baru tahun kesan asid borik.

    ReplyDelete
  3. Mamak ni kalau sesekali kena best juga

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!