ILHAM BELANJA MAKAN DI DER CABIN BISTRO TAMAN U

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

ALHAMDULILLAH.. dah dua bulan Ilham bekerja sebagai penyelia di sebuah tapak penyelenggaraan jalanraya di pusat bandar. Pertengahan tahun lepas, Ilham mengikuti Program Pemasangan Perancah di Akademi Minyak dan Gas, Kota Tinggi Tahap 1 dan untuk melanjutkan pengajian ke tahap seterusnya, syaratnya perlu bekerja dalam bidang sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Gaji pertama bulan lepas, Ilham belanja di Restoran Yong Taufu Md Aris, Sk tak dapat join. Kali ni Ilham pesan, bonda jangan tak datang 🤗.


Dalam perjalanan, Sk singgah Maneh by Momo beli Cromboloni. Sementara tunggu pesanan dihidang ke meja, jamahlah sorang sikit. Ini pertama kali Sk ke Der Cabin Bistro cawangan Taman Universiti, biasanya Sk ke cawangan Taman Nusantara Gelang Patah. Baru beberapa minggu lepas makan Salmon Panggang kat sana 😋.



Tak cukup korum. Kali ni Izzat dan Iman tak ada. Ah, nanti dorang pandai-pandailah nak kumpul, kalau nak tunggu semua ada memang payahlah nk merasa Ilham belanja, hihi.


Kita order Hot Honey Lemon dia tak mahu ya. Dia minum air sape tah ni, Float kot.


Tukang belanja makan Steak.


Semoga bertambah rezekinya dan diberi kesihatan yang baik. Tak tahulah ni nanti jadi ke taknya nak sambung tahap 2 🤭.


Beef Nachos, Cikwa order.


Buffalo Wings, Cik Ani order.


Chicken Chop with White Sauce.


Mac & Cheese


Onion Rings


Mushroom Soup with Garlic Bread


Aglio Olio Seafood


Pak Inche makan Grilled Chicken Chop, minum Van Houten Ice Chocolate.. kemahennnnn!

Haaa.. esoknya tu la Angah (ibu Ilham) mula demam. Tiga kali pergi klinik tak baik, hari rabu pergi Primer Cherang ambil darah baru tahu denggi dan kena serah diri ke Hospital Sultanah Aminah.  Syukur, Angah dah discaj hari Jumaat, tapi masih dalam cuti sakit. Semoga cepat baik nanti sebab dia kata duduk hospital penat baring tidur baring tidur 🤭.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ooo gitu cerita Angah ye.
    Seronoknya ada orang belanja. Meriah betul hidangannya... ala-ala kayangan gitu. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. wah best tu makan dibelanja, moga yg belanja pun makin murah rezeki dan terus sukses dalam pekerjaan

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah Ilham, moga bertambah luas rezekinya 🤲
    Alhamdulillah Angah dah discaj ye...husb PH hari tu pun Doc bagi MC seminggu lepas discaj sbb akan ada simptom² lemah badan dsbnya lepas warded. Speedy recovery for her 🤲

    ReplyDelete
  4. Siapa je x suka kalau orang belanja makan kan...hahahah..semoga murah rezeki Ilham...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!