Assalamualaikum WBT
DARI Seremban, selepas check out di Royale Chulan Seremban, kami meneruskan perjalanan pulang ke Tanah Jauhar mengikut jalan lama. Sk mengajak Pak Inche ke Aureum Rembau Kopitiam yang diceritakan Blogger Azhafizah. Alang-alang dah lalu kan..
Rupa-rupanya, operasi perniagaan mereka bermula dari jam 3 petang la. Kamilah yang tercepat sampainya, patutlah tengok lengang sahaja. Penduduk Rembau tentu sedia maklum kopitiam ini dibuka di waktu petang. Ialah, biasanya kopitiam ni kan untuk sarapan, manalah kami perasan, hihi. Jadi, kami teruskanlah perjalanan menuju ke Tampin.
Ternampak pulak banner Ikan Bakar Air Asam ni tergantung depan gerai. Sebelahnya ada sebuah lagi gerai dan ke sana sikit macam ada sebuah kompleks kecil, juga ada gerai nasi campur. Tapi, sebab Pak Inche dah tergoda dengan banner ni, kami buat pusingan U dan berpatah balik ke sini.
Masuk jer nampak ulam-ulaman pelbagai jenis rimbun menghijau..
Masakan Lemak Cili Api mendominasi. Mujurlah terselit sedulang Kari Ikan Bawal.
Pilihan Sk, tiga jenis masak lemak cili api.
Ikan Keli, Tempoyak Daun Kayu dan Cendawan Terkukur dengan Pucuk Maman kot. Maaf kalau salah 🙈.
Mantap sehhh! Air hidung dah meleleh tandanya sedaplah tu kan.
Tak jadi makan ikan bakar. Mampu tengok aje 😂
Tengah beratur nak buat bayaran di kaunter, sedulang ketam keluar dari dapur. Ni kalau makan, mahu bibir jadi macam Angelina Jolie. Total semua sekali termasuk segelas ais limau, RM40. Tokujat Pak Inche, kenapa mahal. Tulah dia tataw, lauk Sk ambik tu nampak jer kampung tapi kayangan.
🤣
Tak ada rezeki nak berAureum. Takpe, lain kali pasti singgah lagi kan. Ada hikmahnya tak singgah situ sebab dapat makan masakan nogori termantap. Kita pun tergoda dengan banner tu. Nanti² boleh singgah sini. Tergoda dengan ulam-ulamannya tu. Haruslah masakan lemak cili api mendominasi segenap ruang hidangan. hihi...
ReplyDeletebanyak sungguh ulam ulaman tu... seronok je tengok... penambah selera..
ReplyDeleteSaya pun ikut melelh tengok lauk kayangan dalam pinggan nasi SK.
ReplyDeleteBiarlah gambar berbicara haha... Sedap & podeh ni memang kesukaan den hehe ...
ReplyDeletealahai..bergenang air mata ye...SA tak pernah makan area ni..org Nismilan x sampai lagi orang Tanah Jauhar dah mencemar duli...kena cari la lepas ni...
ReplyDeleteok...nanti den cubo
ReplyDeleteRm40 tapi utk semua nya kan ya kak? Cuma kalo sedap, tak apalah. Saya masih nak untuk coba 😍😄😄. Ada planning kesana pertengahan tahun , semoga bisa coba lauk2nya... Nampak sedaap
ReplyDelete