Assalamualaikum WBT
SESI JJCM ke utara kini bersambung pula ke selatan. Jika selalunya kami transit di Melaka, kali ni Sk minta Pak Inche tempah hotel di Seremban dan pilihan Pak Inche Royale Chulan Seremban.
Tumpang lalu ya orang Seremban ðŸ¤
Bilik deluxe dengan katil bersaiz raja. Ada sebuah sofa, meja tulis, meja solek dan kabinet kecil yang diletakkan peti sejuk dengan kelengkapan kopi dan teh.
Laluan dari pintu bilik dengan almari pasang siap empat pintu lengkap dengan seterika, papan penggosok dan peti keselamatan juga sejadah.
Kedudukan bilik air di sebelah kanan. Boleh pilih sama ada hendak mandi bawah pancuran air hujan atau tab mandi.
Lengkap shower gel, shampoo, berus gigi dan lain-lain.
Pagi esoknya, pukul 8 lebih baru turun sarapan. Pak Inche jenis orang tak biasa makan banyak pagi, tapi kalau malam selagi belum tutup mata dia lapar. Tengah tidur pun boleh berjalan meraba apa ada dalam peti ais. Pinggan pertama Sk, western la kan, cuma ada sosej, hash brown dan baked bean tak macam di The Jerai Hotel Sungai Petani ada pasta. Omelette tu cepat jugak dapat tak beratur panjang kalau tak, memang malas la nak tunggu. Omelette dia kosong jer la, tak ada potongan sosej atau potongan carrot, keju jauh sekali.
Pak Inche makan nasi lemak, sedap kata dia. Nasi lemak disediakan lauk Sambal Tumis Sotong Kembang dan Ayam Masak Merah ya. Telur dia potong separuh bukan suku. Sk tak ambil nasi lemak la, sebab nampak Lontong. Tak muat perut nak makan semua. Selain tu ada juga Mee Sup dan bubur, mampu tengok jer la. Lontong sedap, lodeh pun sempurna ada sengkuang, carrot, terung, tauhu, tempe, tauhu kering dan suhun, macam masak sendiri masa raya. Tambah melengkapi, sambal tumis (sotong kembang) dan sambal kacang). Kalau tambah Ayam Masak Merah mesti macam raya tapi lupa pulak nak ambil AMM, hihi.
Sebelumnya minum cappucino mesin, ni ambil Kopi O pulak makan dengan pastries. Tiada pagi tanpa kopi jika tak ada kopi terus rasa dunia suram ðŸ¤. Roti lembut gebu cuma kopi kurang umph!
Lepas sarapan, Pak Inche kata, naik dulu, tinggalkan satu kad access bilik pada dia. Rupanya kad satu lagi kat atas, terpaksalah kita teman dia Sapkoktang kat luar lobi ni.
Bulan Julai 2023, Nur tinggalkan komen pada satu posting, tanya, apa sapkoktang? Nilah jawapannya Nur..
hiSAP roKOK sebaTANG 😌
bilik otel ada bathtub mmg best....
ReplyDeleteKita pun x duduk lagi kat royale chulan ni ye..pernah buat event je kat situ...eh..eh..x bagi tau nak datang..tau2 muncul je...kalau x bleh minum2 kat A&W bawah tu hehehehe .
ReplyDeleteteringat kawan2 lelaki masa diploma tu. "sapkoklu" katanya... mula2 ingatkan mencarut..rupanya hisap rokok dulu.
ReplyDelete