MAKAN MALAM 4 MALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT

HARI pertama tahun 2024 menjadi permulaan yang baik. Walaupun hari tu hari bekerja, rajin pulak la nak masak Ikan Merah Stim Ala Portugis untuk makan malam. Padahal, ikan tu balik kerja baru rendam (defrost). Tak kisah sangat sebab kalau ikan kukus ni memang kena kukus masa nak makan. 


Esoknya (selasa), ingatkan nak masak Udang Galah Lemak Cili Api tapi Pak Inche kata dia dah makan nasi masa tengahari. Dia ajak makan di Al-Anisah Masakan Panas China Muslim. Dah lama tak makan Mihun Hailam, Sk makan Kuey Teow Hong Kong.


Memang makanan favourite Pak Inche antara dua aje la kalau malam, sama ada makan di sini atau makan tosei di Restoran Thoufeeq. Sekali-sekala kalau datang mood dia, bolehlah ajak makan western, hehehe.


Hari Rabu, kami nak makan di Assalam The Kedai Mamak. Dah dekat sampai, baru teringat Assalam tutup hari rabu. Nak ke Bubur Nasi Istimewa pun tutup juga. Jadi, kami ke Nasi Lemak Mana Lagi di Taman Perling.


Nasi Lemak 2 set
Ayam Goreng 3
Paru Goreng 2
Telur Burung secucuk/4's
Teh O Panas 1
Ais Kosong 1

RM30

Ayam tu Sk dah cakap, sorang satu tapi Pak Inche kann.. penamak 🤭. Sudahnya seketul tu bungkus masuk plastik bawa balik.


Hari Khamis ke Sweet Steak Seventeen pulak, wajib makan Tauhu Goreng.


Mee Goreng Mamak dan Beef Kuey Teow untuk Pak Inche. Semua sedap.


Sedikit info bagi mereka yang nak makan di Sweet Steak Seventeen. 


Malam tadi la baru ke Bubur Nasi Istimewa No 1. Ambil bubur dua set dan Kerang Rebus. Kerangnya comel-comel, masuk mulut tak sempat kunyah dah hilang 🤣.


Malam tadi ada rasa hangit-hangit sikit buburnya. Tapi servis di sini memang laju macam flashhhh!
🤣🤣🤣


P/S Pagi ni pun sarapan kat Restoran Thoufeeq aje 😆

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nak cuba order juga la mihun hailam nampak pak incek punya tu macam sedap je

    ReplyDelete
  2. yang mee hailam punya port ni SA x sempat fullfill lagi..tengok la minggu depan...

    ReplyDelete
  3. Hahaa... zaman sekarang kerang dia memang comel sangat kan SK. Kalau kerang zaman dulu, saiznya besar, isinya besar, terasa lemaknya apabila dikunyah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!