MAKAN DI DipnDip SEMPENA HARI JADI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

ACARA makan-makan sempena sambutan hari lahir Iman tahun ini hanya disertai kami tiga beranak sahaja. Pukul 3 kami ambil Iman di kolej dan Iman kata nak jalan-jalan di Midvalley Southkey. Perghhhhh.. jalan mulai sesak sebaik sahaja kami turut jejambat persimpangan Pontian menuju ke pusat bandaraya. Kami mengubah haluan ke kiri memasuki Taman Impian Emas untuk keluar di lebuhraya Kempas. Pun sesak jugak, haiiii.. kamurang ni tak reti duduk rumah ke??? 🤣

Tu satu.. nak dapatkan kotak parkir kosong pun berpusing dua tiga kali. Nampak sebuah kereta keluar dari satu kotak, tapi kedudukan kami agak jauh. Tapi, tulah.. rezeki kan, bila kami masuk lorong tersebut, belum ada kereta lain yang sampai sebab kami short cut ikut lorong keluar, tak sangka pulak tembus kat situ, hihi. Masuk jer dalam mall.. Allahu.. ramainya umattttt, sampai nak jalan pun kena mengiring, hahahahaha. Serik!


Dah 23 tahun dah anak bonda. Dulu rasa lambat jer budak ni nak habis sekolah 😆. Sekarang nak tunggu habiskan U pulak, lagi 2 tahun, insyaAllah 😍.


Disebabkan tahun ni tak ada kek, Iman kata, dia nak DipnDip.


Nak yang ni..


Sebelumnya Sk ke tandas. Sk pesan, order satu menu savoury dan satu yang manis, tak kisahlah apa, minum mineral water jer. Ehhhh.. kemain eh dua beranak ni order Caramel Macchiato dan Spanish Latte.


Beef Quesadillas, RM29.90.

Sedap, inti daging dia tebal tak kedekut. Cicah dengan Chilli Mayo tu sedap betul.


Crunchy Speculoos Creepe, RM28

Kalau dah bersalut coklat macam tu, mahunya tak sedap kan. Ada seketul ais krim dan sekeping biskut lotus.


Pesan dua benda ni jer la sebab lepas tu Pak Inche nak belanja makan buffet.


Tahun ni potong lempeng je 🤭.


Berebut ais krim dengan babah. Rasa nak titik perangai dua beranak ni 😠.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Happy birthday adik.. semoga jadi anak solehah yer.. dengar cakap bonda.. sayangi bonda.. doakan bonda sentiasa.. acik doakan agar adik dipanjangkan usia dan sentiasa dalam rahmat Allah.. ameeennnn

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday Iman. Nampak Iman makin cun makin slim lah. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan, diberikan kesihatan yang baik, cemerlang didunia akhirat. Aamiin...

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday Iman...amboiii..comelnya dia...takpe la xde kek..janji babah belanja buffet kan

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Iman.. Moga membesar menjadi solehah dan berjaya dunia akhirat …

    ReplyDelete
  5. Cantiknya birthday girl😍
    Serius cantik sangat...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!