SARAP DI WARONG TOKYAH @ THE KUARTERS

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

PENUTUP bulan Januari 2024, Sk mengajak Fidah sarapan di Warong Tokyah @ The Kuarters. Lama dah teringin nak makan di Warung Tokyah ni, tapi hasrat terbatas. Sehinggalah Warong Tokyah memindahkan operasinya ke The Kuarters yang lebih besar dan luas, terasa berkobar betul nak pergi ke sini. 


Sistem di sini ikut giliran siapa sampai dulu masuk dulu, siapa sampai kemudian duduk tunggu, hihi. Nanti dia bagi kita nombor meja.


Kemudian boleh terus ambil kuih-muih dan desserts. Banyak betul pilihan, rambang mata dibuatnya. Mujurlah mereka sediakan piring saiz 6" jer kalau pinggan 10"??? Yassalammmmm..


Nasi Lemak Daun Pisang menjadi pilihan ramai.


Pelbagai jenis kek potong dan kek cawan serta kek leleh.


Yang meleleh-leleh ni la buat lemak kita menepu.


Yang manissssss!


Kuih Tradisi.. Tepung Gomak dan Puteri Ayu, Karipap serta Ketayap.


Rambang mata dan anak tekak dibuatnya.


Lepas pilih kuih boleh terus beratur untuk buat pesanan minuman dan makanan berat antaranya Nasi Tokyah, Nasi Tokpin, Lontong, Mee Kari dan Soto.


Minuman dan makanan akan dihantar ke meja. Lontong tu untuk Fidah, Sk makan nasi lemak. Kuih Cara berlauk tu favourite. Siapa makan kat sini, silalah ambil Kaswi Pandan tu ya, sedap gilos!


Ni ruangan berhawa dingin, ada ruang terbuka jugak. Ikut nasiblah dapat meja kat ruang mana.


Ni tadi semua penuh, dah balik dah orangnya.

Terima kasih, Fidah belanja 🤭. Kita yang mengajak, dia pulak yang keluar duhetnya 😍.

Nak ke sini, waze aje Warong Tokyah @ The Kuarters, pasti jumpa!

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA ada citer kelakar tau pasal The Kuarters ni..last week..suami nak bawak makan malam kat sini...sekali masuk jer terang benderang..tengok signage CLOSED...geram aje dia..so the kuarters ni buka pagi aje la erk...bukan sampai malam?

    ReplyDelete
  2. byk pilihan kuih muih & dessert tu...yummmyyy

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat makan kat kedai gini, banyak pilihan.
    Kena ulang datang sebab nak cuba makanan berbeza 😁

    ReplyDelete
  4. Kita pun rambang mata tengok segala menunya. Baguslah kedai dia upgrade jadi besar. Selesalah sikit dan semangat orang nak datang. Tapi tulah, Jauh pulak nak kesana. huhu...Mampu tengok je dulu.

    ReplyDelete
  5. Wah..menariknya...tempat cantik,makanan menarik..orang belanja pulak🤣
    Saya lebih suka konseptunggu kat luar dia bg no meja daripada dah amik makanan. jenuh tawaf cari tempat duduk menunggu orang bangun macam rumah kenduri🤭

    ReplyDelete
  6. nampak sedap kuih muihnya...ada tauhu begedil tu yg geram.
    lantai dia cantik

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!