Assalamualaikum WBT
HARI ni Sk keluar makan tengahari dengan geng office bagi meraikan hari lahir Aida dan Kak Saria. Hari jadi Aida dah lepas bulan Disember tapi masa tu Aida kena covid, hehehe. Birthday Kak Saria, hari ni.. heheheh. Kali ni pergi carpool tumpang kereta X70 Hajah Ina. Kononnya hari tu plan nak ke Loaf Adam Ashhryshoshedap tapi member tiber kena masuk meeting pukul 2, mana sempatnya nak ke Ashhryshoshedap, jadi, kita ke Richiamo Coffee cawangan Taman Damansara Aliff jer la yang terpaling dekat.
Okey.. ini kelakar. Masa nak turun tu, eh, mana pembukak pintu ni? Dia tak terucap tau tapi macam nampakla tangan tu tak tahu pegang mana nak buka pintu. Dah semua tergelak besar, ialah.. pembuka pintu kereta kita biashe-biashe jer 🤭.
Masuk jer dalam kafe, macam selalu la.. makanan dah siap dihidang kerana dah buat tempahan awal. Kali ni teringin nak cuba Patin Masak Tempoyak. Set ni datang bersama nasi putih, ikan bulu ayam masin, acar jelatah dan sambal belacan.
Pilihan Aida, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, juga dihidangkan bersama nasi putih, acar jelatah, sambal belacan dan ikan bulu ayam masin.
Pilihan Madihah, Nasi Lemak Rendang Ayam.
Spaghetti Bolognese pilihan Kak Imah dan Kak Saria.
Kedua-dua Ina makan Chicken Chop eh.. baru perasan. Seorang Azlina (kami panggil Hajah), seorang lagi Zalina.
Aglio Olio ni pilihan Naza. Fidah pula makan Spaghetti Salted Egg, lupa nak ambil gambar makanan Fidah sebab dia punya keluar lambat sikit, heheh.
Rasanya lain kali kalau ke RC lagi, nak ambil menu pasta jer la.
Bergambar sebelum makan. Masa ni Kak Saria tak sampai lagi. Kak Saria kan dah tak sepejabat dengan kami lagi.
Selamat Hari Lahir, Kak Saria dan Aida. Semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, bahagia dan sejahtera selalu, Amiiinnn.
Kek Secret Recipe flavour Choc Au Liat ditaja oleh Kak Imah. Terima kasih, Kak Imah 😍.
Gambar dari kamera staf Richiamo Coffee. Suka pergi sini sebab stafnya semua friendly ya. Bulan depan birthday Madiha pulak, kita tunggu betul ke nak ke Loaf Adam atau buat kat sini jugak, hehehehe.
Selamat Tahun Baru 2024 SK 🎉 semua menu tu nampak sedap, tapi buat masa skrg mampu tengok je hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah kopi richiamo sedap dan murah
ReplyDeleteMakanan tu pon nampak menyelerakan
Selamat Hari Jadi & selamat tahun baru..
ReplyDeleteSeronok sesekali makan reramai..hahaha bab pintu kereta tu saya pernah kena naik naik Grab car..dapat keretaahal terus nampak bodo bila saya tak jumpa nak buka ointu🤣