MAKAN ASAM PEDAS PAKCIK DAUD

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


PAGI ni lepas subuh, tak pakai bedak lagi, terus sarung tudung. Sebabnya Sk lupa isi minyak. Biasa Sk akan isi bila dah tinggal range dalam 70 km, tapi semalam lupa. Lepas tu ingat nak keluar isi malam, pun lupa. Tu yang gelabah puyuh pagi tadi, takut terperangkap dalam kesesakan dan minyak habis, hahaha. Padahal tahu aje pasal fakta apabila minyak kita baru keluarkan warning 'E' tu, belumlah betul kosong lagi. Masih boleh jalan 70km, tapi jangan nak cari pasal, kan. Lebih baik beringat sebelum kena.


Dalam taman perumahan lagi dah terperangkap. Nak cilok ke kiri tak boleh, nak cilok ke kanan lagilah tak boleh! Range dah jadi 42km.



Lega dah sampai Petronas Kobena. Range tinggal 24km ko! Tak pernah-pernah, tobat! Air-cond pun Sk tak on, mujur pagi masih sejuk.


Jap.. nak cerita pasal asam pedas ke pasal minyak, Sk oi? Hahahaha.



Okey, kita cerita pasal asam pedas la ya. Kisah balik dari Melaka, kali ni kami ke Kedai Asam Pedas Pakcik Daud yang terletak di tepi sungai atau jeti nelayan Parit Jawa. Asyik-asyik pergi Asam Pedas Pak Yahya, kan.. kita tukar selera la pulak dengan Pakcik Daud punya asam pedas. Kedai Pakcik Daud ni dekat dengan kedai asam pedas yang Sk pernah ceritakan DI SINI. Masa kami sampai tu tak ada meja kosong, mujur ada sepasang suami isteri dengan dua anak kecil mereka sudi berkongsi meja dengan kami. Meja pun besar, boleh muat untuk 6 orang. Buat pesanan makanan dan minuman terus di kaunter dan pesanan akan dihantar ke meja.


Tak sampai 15 minit semua ni terhidang depan mata. Asam pedas ikan merah, ikan caru goreng, telur dadar dan sayur sambal goreng. Terkejut Sk tengok saiz ikan merah dia, tu kalau seekor, besar manalah agaknya.


Cuma ada sayur sambal goreng ni jer. Ni kalau makan dengan nasi ambang, kena la. Dengan asam pedas, tak berapa masuk di tekak kami. Sayur kangkung baru habis. Kubis ke tauge ke, tak buat.




Disebabkan PI tak makan tempe, terpaksalah Sk kutip semua tempe dalam sambal goreng. Banyak pulak tu tempenya. Mujurlah Sk penggemar tempe, suka.. suka!


Telur dadar is wajib la kalau makan asam pedas, heheheh.


Mula PI minta isi ikan merah goreng, tapi tak ada. Kalau nak, seekor terus, adik tu kata. Aduh adik, takkanlah kami nak makan sampai sekor ikan merah goreng, hihi. Fikir balik, kalau separuh ikan boleh buat asam pedas, takkanlah tak boleh goreng separuh jugak, kan. Tapi tak apalah, PI pun okey jer ikan caru. Dia goreng garing betul, overcooked gitu sampai ada bahagian yang keras. Tapi PI suka pulak garing-garing macam tu.


Gemuk betul ikannya dan masak dengan sempurna sekali. Tak ada bahagian yang mentah, dan tidak terlebih masak jugak. Kuah asam pedas dia pekat, cukup masam masin dan pedas manja jer. Bagi Sk, rasa kuah asam pedas dia lagi sedap sebab Sk kan suka kuah pekat. Tekstur kuah dia tak mendak sampai kita boleh nampak ada bahagian kuah yang jernih. Memang ditumis lama ni kuahnya. Hujung-hujung tu, Sk jumpa sekeping kecil sawi jeruk. Hurmm.. patutlah sedap, sebab ada sawi jeruk.




Tapi.. tapi.. tapi.. terkejut beruk time nak membayarnya, RM93. Dah macam makan kat restoran padahal warung pacak aje. Tak tahulah bayar sewa tanah mahal ke, hahahah. Ikan tu RM68 ya. Memanglah sedap, tapi. Istighfar terus Sk, hahahaha. Beza giler la harga dia dengan Asam Pedas Pak Yahya, hari tu kami makan lauk lebih kurang aje, cuma tak ada ikan goreng, baru RM36. Agak-agak kalau ada ikan goreng pun tak sampai kot RM93. Yassalammmm.. bayar ajelah Pak Inche. Kita kan orang kayangan, hahahahahaha. Tobat PI tak mo pergi situ lagi.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. berbeza betul harganya...kalau saya pun, lebih baik mkn kat Pak Yahya...sedap & murah...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!