MAKAN NASI GORENG SIANG MALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 



SEMALAM, Iman dah balik ke U. Tak silap cuti semester sampai pertengahan bulan Mac tapi ni dia balik sekejap sebab ada program Mahasiswa Perak ke Pengkalan Hulu, Perak. Iman serta rakan-rakan kelab studio UTM akan mengadakan penggambaran tentang program tersebut. Ni pagi tadi dia hantar laporan, dah naik bas dan akan bertolak.  Semoga perjalanan lancar dan menenangkan,  selamat pergi dan balik dan dipermudahkan segala urusan mereka. 


Dekat Taman Pulai Mutiara sekarang sudah disusun semula gerai-gerai yang didirikan mengikut suka hati. Mereka semua telah dipindahkan setempat di medan letak kereta besar depan pasaraya TMG. Sajalah malam tadi nak cuba makan kat sini.


Warung Kak Sal ni famous jugak tapi tak pernah pergi lagi. Sk ada baca beberapa komen kata masakannya sedap. 


Pak Inche nak makan Bihun Goreng tapi  rencah habis. Ada orang masjid pesan 16 bungkus katanya, tengah dalam kuali.


Mujur boleh pesan mee goreng dekat Mee Hassan yang gerainya sebelah sana. Masa kakak tu letak pinggan mee goreng, dia sebut RM8. Lepas tu PI tanya, tadi saya mintak ada keropok. Oh, kalau ada keropok RM9, dia kata. Oh, keropoknya macam mana? Dia kata dah goreng sekali dalam mee. Hurmm.. faham tak apa yang Sk nak sampaikan ni. Mula RM8, lepas tu bila kita tanya keropok tetiber dah goreng dalam mee dan jadi RM9. Tapi Sk memang nampak ada dah keropok-keropok tu digoreng sekali. Keropok tu cucur yang rangup tu. PI macam kecewa sikit sebab dia kata keropok tu patut tabur kat atas jer.


Sk pesan Nasi Goreng Kampung dengan telur mata. Telur yang sampai telur mata dah keras dan keliling hangus, hehehehe. Nasi goreng boleh, la. Bukan tak sedap dan bukan sedap sangat. Dua kali lima dengan nasi goreng Sk, hahahah. Tak kampung sangat sebab letak ayam dengan fishcake serta sayur sawi dan kurang pedas. Kalau pedas baru kick!


Meriah suasana di Warung Kak Sal ni. Kak Salnya pun lawaaa, kemas jer pakaiannya macam eksekutif bank.


Pagi tadi, Sk kumpulkan semua nasi lebih dalam peti sejuk, ada lima bekas ya. Punyalah banyak, tapi yang dua bekas tu dah tak elok nasinya, terpaksa buang. Jumpa dua biji cili merah, okeylah tu, cukup untuk buat nasi goreng. Rencahnya cuma telur aje dan Sk goreng ikan bilis sikit. PI pulak tak suka nasi goreng letak ikan bilis, tu yang Sk goreng ikan bilis asing.


Buat telur separuh masak seorang dua biji. Jadilah untuk alas perut pagi ni. Lepas tu nak sambung mendobi pulak, kain baju dah bertimbun, hehehe. Kemudian, kemas rumah sikit-sikit. Ada kawan Sk cakap, mesti rumah kau kemas, tak ada budak kecik.  Mahunya kemas kalau ada anabul 7 ekor ni. Dorang la bikin sepah nombor satu!

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dia buat style mee goreng mamak....selalunya peniaga buat telur mata byk², tapi itulah jd sejuk x best...homemade nasi goreng the best!!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nasi goreng SK ni. Buat sendiri lagi sedap walaupun simple.

    ReplyDelete
  3. Tu la kekadang kedai makan ni asal boleh je hidang makanan.

    ReplyDelete
  4. Saya pun rasa tak puas hati dengan jawapan peniaga pasal mi goreng dan keropok tu.

    Kita ni bukan cerewet sangat, tapi agak-agaklah bagi pelanggan makan benda sejuk - telur mata.

    Baru tau Sk ada sampai 7 anak bulu 😀. Rajin Sk.

    ReplyDelete
  5. Telur mata dah macam telur goreng...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!