MAKAN MEE CHAMPA DI ITU KOPI LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 




GARA-GARA highway jammed dari sebelum exit Simpang Renggam menghala ke Sedenak masa nak balik Johor dari Kolumpo tuari, kami terpergi lagi ke Itu Kopi X D'Nara Meesup Melayu Champa. Nahhhh.. Kali ketiga sudah sampai ke sini. Tapi pada mula tu sebenarnya nak singgah makan pizza di Nasi Ayam Daim tapi PI nak makan Mee Champa lagi, ku turutiiiii.




Mee Champa Special seorang semangkuk. Memang sangat menepati citarasa PI yang sangat menggemari mee sup.




Jangan lupa letak lada sulah, kicap, sos ikan dan pecahkan limau sebelum makan. Nak lagi kick, letak sambal cili dia banyak-banyak,  berpeluh makan, hahahaha.




Tidak dilupa, bungkus Mee Goreng Daging. Kali ni check betul-betul dekat situ, mee atau maggi. Tak mahu terkena macam sebelum ni dah sampai rumah, baru tahu maggi yang dibuatnya. Mee goreng ni buat makan malam, separuh PI, separuh Sk. Alhamdulillah,  sedap dan kinyangggg!


Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!