Assalamualaikum WBT
SELEPAS check out dari Hotel Ideas Kuala Lumpur, Pak Inche ajak minum cendol dan makan rojak (pasembur). Dia ni memang, kan.. pergi mana-mana pun memang nak pekena dua benda ni, tak sahlah kalau tak minum cendol dan makan rojak. Carian cendol dibuat di TT dan PI berkenan la dengan satu tempat yang diviralkan oleh Tik Tokers ni. Tapi, masa sampai tu Sk agak terkejut laaa, sebab tengok cendol dia tu bagi dalam cup pakai buang pasar malam. Tempatnya pun macam pasar malam jugak dan cuma ada sebuah meja ditempatkan di belakang khemah. Puas Sk bagi isyarat mata pada PI, nasib baik PI faham, rupanya dia pun rasa tak best. Kami beredar dan membuat carian baharu cendol, hahaha.
Terjumpa Cendol Durian Runtuh dan Cendol Mustafa, tapi Cendol Mustafa kat PJ. Sk ajak PI ke Cendol Durian Runtuh dulu kalau tak berkenan, kita pergi PJ, cadang Sk. PI setuju.. sampai dah depan kedainya ni ha. Jomlah kita! Sebenarnya bukanlah nak cari kedai yang lawa ke apa, food truck pun kami okey, warung bawah pokok pun onz, tapi kalau dah minumnya dalam cup dan sedut guna straw, hilang feel minum cendol.
Sistem pesanannya secara layan diri, buat pesanan di kaunter kemudian terus bayar. Cendol akan dihantar ke meja oleh pelayan. Harga untuk dine in dan take away berbeza. Sk nak cendol durian kahwin, tapi tak ada, yang ada durian musang king. Jadi, ambil jer la cendol biasa.
Semangkuk cendol, RM4.
Macam ni barulah cendol, minum dalam mangkuk. Selain dari cendol, Cendol Durian Runtuh juga menjual pelbagai masakan goreng panas. Juga nasi lemak bungkus daun pisang, makanya... begitulahhh, hehehehe. PI kan pantang jumpa nasi lemak bungkus daun pisang ni. Cuma tu la, rojak tak ada pulak dalam menu.
Cendol dia okeylah.. tapi aisnya kasar macam kat Long Cendol (Kluang). SK nampak dia guna pemarut ais macam untuk perah limau, biasa kat kedai masakan Siam. Untuk cendol biasa dia letak jagung krim dalam tin. Kacang merah tak letak. Disebabkan aisnya tu kasar, jadi agak struggle jugaklah Sk minum sebab ais tu tak mahu cair dalam mulut, kita kena gigit dan kunyah, hahahaha.
Nasi lemak dia sedap dengan telur suku, baru RM2. Sk cakap dengan PI, KL pun boleh jual nasi lemak RM2. Dekat rumah kita sampai RM2.50, cenonet aje nasi lemak.
Ada gambar artis-artis yang pernah datang sini, dorang letak dalam poster gantung kat dinding. Kalau anda tak mahu minum cendol, minuman lain pun ada.
Member kata nasi lemak sedap sangat, dia balun lagi sebungkus. Pagi kat hotel dia makan nasi lemak jugak dan roti canai sekeping. Tu agaknya masih ada ruang kat perut tu, hahaha. Punyalah sedap nasi lemak tu sampai PI dah terlupa dengan rojak.
SK lupa snap pic, dekat depan restoran ni ada jugak durian yang dah siap pek dan yang belum kopek. Boleh tengok balik gambar kedai atas sekali tu. Boleh jugaklah kot pilih durian tu untuk masukkan dalam cendol anda. Nak makan gitu aje pun okey kot, tapi tu la, kenapa baru sekarang Sk terfikir ek, hahahaha.
Sedap plak pekena cendol..nak- nak tengh musim panas terik ni...
ReplyDeletelama tk mkn cendol sejka cut sugar ni..sedapnya kalo tgh cuaca panas
ReplyDelete