SORU

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


KALAU diikutkan hati, nak aje ambil cuti tahun hari ini. Esok, kan, cuti sempena perayaan Hari Thaipusam, konon nak menyelit la, dapat cuti lama sikit, kan, hihihi. Kuatkan semangat jugaklah pergi kerja pagi tadi, fikirkan kalau tak kerja, macammana nak soru, huhuhu.




Soru hari Isnin minggu lepas. Berat badan naik, baju dah ketat, kena ubah cara pemakanan. Tak mahu lagi ambil lauk macam tsunami, hahaha. Nasi putih, sayur bendi, sayur kubis, ulam timun, kacang botol, kacang panjang dan sambal belacan serta ikan siakap goreng. Ambil sambal kicap jugak sikit, ni RM8. Kalau tengok gitu-gitu aje memang tak nampak dua jenis sayur jadi memang Sk akan sebut, Sk ambil dua sayur. Kalau satu sayur biasa RM7.




Selasa, bawa nasi dari rumah. 




Pergi kantin beli lauk jer, Sk pilih Bayam Goreng dan Caru Sambal, RM6.




Beli Tauhu Sumbat untuk makan petang, 50 sen seketoi.




Rabu, Sk servis kereta delivery, jadi pagi tu Sk beli makanan siap-siap sebelum mekanik datang ambil kereta. Belum ada lauk tapi nampak nasi impit dan ayam sambal ni, bolehlah, janji tak lapar tengahari.




Letak sambal kicap siap!




Malam tu goreng keropok lekor, PI tak ada rumah, ada bola. 




Goreng keropok udang. Baru restock keropok, kirim dengan Cik Ani yang balik Terengganu masa cuti Tahun Baru Cina.




Mulalah kita makan yang kuban-kuban. Tahun 2025 ni baru makan maggi gara-gara tengok Dr Gong Ryong makan ramen kat kedai serbaneka dalam When The Stars Gossip, hahahaha.




Hari khamis, sibuk siapkan KPI Tahun 2025 tapi soru tetap soru. Beli kat kantin la macam selalu, ikan kembung goreng dengan sayur kangkung dan brokoli.




Dah pukul 3 lebih, teringat pasir kucing (cat litter) nak kena beli. Alang-alang dah keluar, kita cari makan petang, mula-mula beli pau lepas tu, eh, nak beli rojak kat Warung Padel la.




Rojak Warung Padel tak viral dah ke? Kakak ni buat rojak satu porsi, tak buat banyak-banyak terus sebab Sk sorang jer customer masa tu. Puas hati macam ni beli rojak, separuh makan dekat office depan pc, hihi. Separuh lagi bawa balik rumah makan esoknya. Yang lagi sebekas tu, rojak buah untuk PI.




Dah Jumaat,  Sk tak minat keluar pergi mall walau rehat panjang. Tetaplah setia beli makan tengahari kat kantin walau lauk yang sama aje hari-hari. Sebab.. murah, nak parking senang, tak payah bayar. Kali ni ambil cencaru goreng dan rojak (rojak lagi?).





Lepas tu keluar pergi Ninso jap, beli wet tisue. Nampak kacang campur ni macam sedap pulak buat kunyah-kunyah petang, hahaha. Kacang ni bukan RM2.40 tapi RM4.95 sen tak silap. Kat Ninso ada barang lain harga dari RM2.40.


Sekian cerita soru minggu lepas, hehehe.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA pun dah kena makan sihat ni...SA dah start kena makan ubat kolesterol tapi dose rendah la 2mg je..setengah pil...percubaan 14 hari...next Sabtu 22hb doctor nak check balik...makanan tu semua nampak sedap la

    ReplyDelete
  2. sedapnye sayur2 tu... ambik lauk mcm tsunami xpe, jgn ambik nasi atau desert...

    ReplyDelete
  3. Baca perenggan kedua tu seram sejukk kita.. tapi itulah nak tahan makan pun susah, makan lebih pun susah, kurangkan makan lagi susah adeii.. janji sihat laa kan Kak..

    Lama tak pekena rojak camtu kak.. versi dolu-dolu

    ReplyDelete
  4. Uishh...rojak tu menggoda sungguh la Sk.
    Siap belikan untuk PI, mesti sedap rojak kat situ.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!