MAJLIS TAHLIL, DOA SELAMAT & POTLUCK SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا


[Allahumma sallimni li ramadhan, wasallim ramadhana li, watasallamhu minni mutaqabbala]


Maksudnya : Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).


[Diriwayatkan oleh Imam Tabrani dalam Kitab al-Du’a (913)]



Pagi tadi berlangsung Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan lebih kurang 10 hari lagi di pejabat Sk. Majlis ini melibatkan staf pentadbiran dan kemahiran lebih kurang 45 orang jadi, senarai untuk tahlil tentulah panjang. Majlis dipimpin oleh Ustaz Farhan Ashari.


Jamuannya secara potluck. Meriah menunya walaupun belum gaji, hihihi. Ni kalau dah gaji tak tahulah dia punya meriah macam mana.


Mee kuning ni untuk mee bandung.


Kuah mee bandung. Mee Bandung ni Fiza tempah.


Ada nasi putih dan lauk-pauk.


Gambar ni blur sebab dah mula kejadian tolak-menolak nak ambil makanan,  hehehe. Kita baru nak snap.


Ayam masak apa, tak pasti.. sebab Sk tak ambil ayam ni.


Sambal udang.


Lontong goreng by Hasrima.


Spaghetti aglio olio by Ila.


Nasi lemak daun pisang.


Nasi lemak Sk buat makan tengahari.


Kuih-muih beraneka macam.


Nasi Impit.


Rendang Nasib by Tuan Tanah Kedaung lawan dengan nasi impit. Nasi impit beli kat kantin dua bongkah. 


Rendang tu Sk panaskan rendang daging frozen dan rendang nasib frozen, hehehe.


Potluck ni yang paling senang beli jer kuih-muih siap pek ni kat gerai-gerai sarapan. 


Pengat pisang by Khadibah.


Sapelah rajin sangat buat cekodok pagi-pagi ni?


Kek Cheese Meleleh.


Apa-apahal kena buat buffet kat meja sendiri dulu. Kalau tak, wassalammmm.


Makan Mee Bandung.. sedappp, Alhamdulillah. 


Oh, ada buat sambutan hari lahir jugak untuk mereka yang lahir bulan Disember 2024 serta Januari dan Februari 2025. Sk ambil kek sikit.


Kuih-muih pilihan. Tapi ni tapau, petang nanti kot baru makan. Yang dalam cup tu, pengat pisang.


Makan nasi putih la.. sambal udang dua ekor, sayur chap chai dan asam pedas ikan parang by maknya Ct. Yang secoet tu lontong goreng.


Tengok-tengok semua kawan semeja ada jelly kelapa, Sk lupa ambil. Jenguk dalam tong, nasib ada lagi rezeki, tinggal satu, hehehehe. Syukurrrr selalu.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau style potluck, memang jadi meriah dengan pelbagai makanan. Saya yang membelek gambar pun jadi rambang mata tengok.

    Mesti Sk rasa syukurr sangat, jenguk dalam tong masih ada satu. Memang untuk Sk lah tu :D

    ReplyDelete
  2. Meriah seronok potluck nya. Makanan semua sedap2 sangat tu. Rezeki jelly kelapa last tu.

    ReplyDelete
  3. Meriah betul la pot luck hari ni...macam- mcam hidangan ada..x tau nak pilih mana satu

    ReplyDelete
  4. Tergelak saya baca, kena buat buffet kat meja sendiri dulu. Hihi...

    ReplyDelete
  5. Meriah sangat macam2 ada tu. Rasa nak ambil semua tapi tak muat perut pulak kan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!