Assalamualaikum WBT
SEMENTARA menunggu maghrib ni, Sk nak blog teruslah aktiviti kami hari ini. Malas nak tangguh-tangguh, makin hari makin bertimbun gambar dalam galeri, hihihi.
Lepas Zuhur, keluar ke pusat bandar selesaikan beberapa urusan Pak Inche. Sebelum tu kami ke Maybank cawangan Bussiness Centre BBU. Mak aihhhh.. dah jammed ya dengan orang nak shopping raya, hahahah.
Kami belum lunch lagi, tanya PI nak makan apa, dia kata nak makan mee-mee. Haishhh, tak nak la mee, Sk sekarang tengahari memang lapar nasi. Ajak makan Nasi Ayam Kee Chup, PI onz. Jangan ko ajak makan Nasi Ayam Gepuk sudah, memang dia reject!
Sementara tunggu meja, Sk dapatlah snap beberapa pic. Yang ni kaunter ayam dan nasi. Sos dan sup ada kat hujung sana, yang tu layan diri, ambillah berapa banyak nak, janji habiskan.
Pekerja sedang menggoreng ayam.
Dah beberapa kali datang, hari ni baru nampak jelas dia keluarkan ayam tu dari rendaman air kicap masukkan dalam minyak panas.
Sk suka sistem dekat sini. Beratur tunggu meja, lepas diberi meja staf terus datang ambil pesanan minuman dan berapa pinggan nasi ayam. Lepas makan, baru bayar. Sos dan sup tu semua ambil sendiri.
Semua ayam whole leg ya di sini. Kali ni kami makan guna tangan. Sk selamba jer angkat mangkuk sup hirup sup tu.
Ayam Sk ada garing dan hangus sikit kulitnya tapi sedappppp! Nasi dia lembut. Kalau nak makan nasi ayam sedap dan kenyang setakat ni, di sini paling menepati citarasa. Sepinggan nasi ayam ni RM12.
PI ratah ayam kalau kucing tengok nangis! Tengah-tengah makan hujan turun lebat. Terpaksa tunggu hujan teduh, mujur tak ada dah pelanggan lain beratur kalau tidak, rasa bersalah jugak. Oh, ya.. masa makan kat Warung Kak Sal semalam, masa nak bayar, dia terkejut tengok kami dah siap makan. Cepatnya, dia kata. Aaa.. kami memang macam tu lepas makan tak ada nak sembang-sembang, terus balik, hehe.
Balik tu singgah Pasaraya Jaya Grocer, PI kata nak beli daging nak masak steak malam ni.
Suka pergi sini, banyak jumpa buah-buahan yang tak dijual di pasaraya biasa.. ke.. Sk yang kurang membelek. Sampai sini semua rasa pelik.
Murah aje la, baru RM5.50 sebiji.
Ada promoter bagi tester mango.
Limau Kumquat yang viral, Sk ada jugak kat rumah, Cikwa bagi (kawan dia bagi benornyer).
PI tengah pilih-pilih daging lembu Australia.
Tapi last-last dia beli ayam (chicken chop). Dia kata daging mahal. Aik, sejak bila berkira???
Ala.. tak lah mahal sangat, baru tiga puluh seketoi.
Beef patty, lamb patty dan wagyu patty untuk burger, murah jer baru RM10 - 13.00 tapi kalau kat restoran dah jadi berpuluh hengget! Itulah harga sebuah kemalasan.
Mbekkk!
Ni yang dah diperap.
Sang Wagyu.
Wagyu Japan la mahal namatey.
Ausie murah sikit. Murah sikit jer la, tak tergamak nak beli, huhuhu.
Nama bahagian-bahagian daging pada seekor lembu.
Seronok la tengok macam-macam produk.
Ada Tiger mushroom kot, tu mahal sampai dekat 90 hinggit.
Balik tu, PI singgah beli goreng pisang.
Tak Johorean la kalau makan goreng pisang tak ada sambal kicap. Sambal kicap ni dia tapis kot sebab tak ada serpihan cili langsung.
Sk cakap beli RM5 jer, PI beli sampai RM8. Sk bukan apa, dulu dia jugak komplen tepung goreng pisang situ tak sedap. Lagi satu dia komplen yang jual pisang tu tak reti nak senyum, hehehehe.
Hari ni dari pagi ya mengelat minum air manis. Pagi dah minum teh o, makan nasi ayam minum ais limau, balik rumah bancuh sirap arwah ibu segelas sebab rindu, petang minum lagi teh o panas, hihi.
Simple je nasi ayam dia. Meriahnya buah2 tu bestnya borong semua tu.
ReplyDeleteMemang dulu ada kawan ajar, ayam nak sedap, rendam kicap baru goreng..tp yelah, kita nie tak reti sangat masak nasi ayam...jadi jarang lah buat pun
ReplyDeleteKita pun craving nasi ayam yg mcm ni..macam.payah nak dapat je kat Seremban ni...nak suruh adik buat dia x balik plak..buat sendiri x confident...kita baru balik dari Jaya Grocer beli hati lembu nak buat masak pengantin..hahahha...
ReplyDeleteMemang nampak sedaaaaap sangat ayamnya kak 😍😍😍😍. Saya kalo makan ayam pun bersiiih macam PI 🤣. Apalagi bagian tulang lunak kan, habis tak bersisa 😄
ReplyDeleteKenyang tengok cerita SK hari ini.
ReplyDeleteKita hari ini ada aktiviti di ladang. Balik dari menoreh terus ngorok kepenatan.