MASAK KARI AYAM & NASI GORENG UDANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


SEMALAM, satu hari tak keluar ke mana-mana. Sk punya rajin, masak dari pagi sampai malam, itupun lagi sikit terlajak nak buat minum petang, hihi. Pak Inche kata, kita tak pergi mana-mana hari ni. Aaa.. lemau betul satu hari duduk rumah, jawab Sk. Tu baru satu hari duduk rumah, kalau dari hari rabu tu (cuti CNY) tu duduk rumah, macam manalah agaknya. Nasib PI ajak jalan-jalan pergi Kay El, hehehe.




Pagi semalam, Sk buat sarapan simple jer. Telur separuh masak dan Sandwich Sardin. Oh, sebenarnya tu repeat menu sarapan hari Sabtu, hehehe. Masa sarapan, Sk tanya PI nak masak apa tengahari? PI sebut ayam, Sk terus sambung, ayam masak kari? Aaa.. jangan lupa ayam goreng, pesan PI.




Lepas selesai cuci pinggan dan kemas dapur sikit, terus rendam ayam. Ayam dua ketul whole leg (1/4 ayam x 2) tu memang Sk letak dalam satu bekas. Lepas tu layan k-drama Love Scout dan When The Stars Gossip sambil lipat kain. Lepas tu, kroooohhhh... hahahaha. Bangun... tengok PI dah siap potongkan ayam kecik-kecik, terus Sk masak. Cuma tu la, kentang, tomato semua tak ada, jadi la kari ayam bujang, tapi sedap sekali!




Mintak PI tolong gorengkan ayam, dia bagi sekali pakej sambal belacan. Padahal lada hidup tu tinggal 1 + 1/2 biji, boleh dapat banyak jugak sambal belacannya. Sambal belacan PI sedap, dia ikut macam kakak-kakak dengan mak mentua Sk, pandai buat sambal belacan sedap. Sambal belacan ibu Sk pun sedap jugak, tapi sambal belacan depa ni sedap stail orang utara la. Sambil makan tengahari, bincang pulak malam nak makan apa? Sk tanya, kalau masak nasi goreng mahu ke? PI angguk laju, patutlah, malam tu ada bola live kat TV, hurmmm.




Goreng telur mata dua biji siap-siap sebelum goreng nasi. 




Sk defrost dua ekor udang yang beli kat Pasar Tani Kekal Permas minggu lepas. Udang tu besar bas, sorang satu pun cukup. Sk cuma tumis bawang putih dan cili giling, kemudian masukkan sos sotong, kicap manis dan sos tiram, pecahkan telur, kemudian baru masukkan udang. Bila udang dah hampir masak, masukkan nasi dan letak daun bawang frozen.




Sedap... dapatlah sorang sepinggan, hehehe. Cukup kenyang sebab ada telur mata. Malam ni repeat kari ayam ada tiga ketul lagi, tinggal masak nasi dan goreng telur letak kicap ajer. Burpppp.. Alhamdulillah,  syukur selalu.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau hari cuti di rumah seharian memang asyik dok fikir nak masak apa je kan? Kari tu menarik betul, kalau ada roti jala...fuhhh syedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. sy pun terfikir benda yg sama semalam, tapi tu la.. malas pulak nak menjala, hihi.

      Delete
  2. udang dengan nasi goreng tu mengancam sungguh kelihatannya..

    hihi, bosan juga kan duduk di rumah sahaja.. tp bagi kami yg WFH ni memang xsempat untuk bosan, tp kadang2 stress juga, stress tu jadi melampau2 plak :P :P

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!