JALAN-JALAN @ SOGO KL

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


OPS! Lupa nak cerita, lepas check out di Ideas Kuala Lumpur tu, sebelum cari cendol, Pak Inche ajak pergi SOGO dulu. SOGO ni berdekatan dengan hotel tapi kena melintas jalan besar dan berjalan sikit la anggaran 5 minit la kot. Dahlah tengah hari tengah panas, ku turutiiii.




Macam biasa, yang lebih sudu dari kuah tu, Sk. Sk ajak PI tengok air terjun kat tingkat atas (food court). Baru Sk tahu, PI tak tahu pun pasal ada air terjun dalam Sogo ni. Sk ni dulu Angah la yang bawa tengok air terjun ni, punyalah jakun masa tu. Masa tu Angah kerja kat KL, Sk datang naik bas dari Johor dengan Cikwa dan Cik Ani. Rasa ada gambarnya tapi jenuh la nak kena cari dalam album. Masih remaja lagi time tu, huhu.



Aaa.. tu takpa, boleh pulak pergi beli kasut. Tapi tak apalah, kasut Sk pun dah lama pakai, memang patut dah beli kasut baru (alasan). PI yang beriya nak pergi tu tak beli apapun, tengok semua pun tak berkenan. Eh eh.. ada.. ada.. dia nak beli pengisar jus buah mini tu. Sk tak bagi, buat apa, yang dekat rumah pun ada tak pakai, sekali dua aje guna pun, lepas tu tersadai, hahahaha.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lama betul tak masuk Sogo. Dulu kalau masuk KL mesti kena singgah Sogo.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!