SARAPAN DI AL-SAFA TAMAN NUSA SENTRAL & MEDAN SELERA TEPIAN HARMONI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


SARAPAN DI RESTORAN AL-SAFA TAMAN NUSA SENTRAL




SARAPAN di cawangan baharu Restoran Al-Safa di Taman Nusa Sentral, tanpa niat, hahahaha. Sumpah laaa, tak terniat nak sarapan kat sini sebab rancangannya nak sarapan Roti Canai Kari Kambing di Restoran Mak Jabit, tapi kisahnya, Restoran MJ tutup hari ahad.




Sebelum tu, kami ke Pasar Tani Taman Sri Pulai nak beli hati lembu yang nak masak Hati Lembu Masak Pengantin tu la. Bila tempat dituju tutup, tu yang kami ke sini, lagipun Pak Inche dah sampai masa nak kena makan gula-gula ubat dia.




Dari nak makan roti canai, dah termakan tosei. Chutney kelapa dia ada dua jenis, merah dan putih. Tapi dekat sini tak ada kuah kari kambing.




Sk makan Tosei Rawa. Dua tempat aje ada jual tosei rawa iaitu di Al-Safa dan Ashoka. 


SARAPAN DI MEDAN SELERA TEPIAN HARMONI



Kisah Jumaat lepas pulak, Sk dan PI ambil cuti kerana ada urusan keluarga di Putrajaya. Sebelum masuk lebuhraya, kami bersarapan di Medan Selera Tepian Harmoni atau Sk panggil Rumah Flat.




Medan selera ni terletak di perumahan Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai. Duluuuuuu.. di rumah flat inilah kami memulakan hidup berumahtangga. Betul rumah bertangga la masa tu, rumah sekarang tak ada tangga, heheheh.




Sk makan Lontong. Lontongnya lengkap sambal kacang dan serunding. Santan lodehnya pecah, agak cair tapi tidaklah mengecewakan. 




PI makan Roti Telur Bawang. Sedap dia kata. Lepas sarapan, kami terus menuju ke Plaza Tol Senai (U) masuk ke lebuhraya menuju ke Putrajaya. Aaaa.. ceritanya kena tunggu next entry, la ya, insyaAllah.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Esok sarpaan nak makan tosei la...hahaha...

    ReplyDelete
  2. Sama la kita. Saya masa mula kawin pun, menyewa rumah flat di Wangsa Maju. Naik turun tangga korje-nya. :D
    Lontong nampak sedap!

    ReplyDelete
  3. Rindunya nak makan tosei!
    Nak makan lontong memanglah tak jumpa di LD.

    ReplyDelete
  4. Eh tosei ini ada jenis apalagi selain tosei rawa kak? Saya 2x makan tosei, tp tak tahu jenisnya. Sebut tosei saja. Hanya saja tosei yg trakhir saya makan agak mirip dengan yg Kaka makan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!