MASAK SPAGHETTI BOLOGNESE

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


KERAJINAN memasak melanda nampaknya tapi yang sebenar malas nak bersiap dan gohead kereta pergi makan kat kedai. Kedainya pulak kedai yang sama aje, tak Adam Kitchen, Thoufeeq Bistro, heheheh. Tu nasib baik kedai mualaf (Al-Anisah) tutup awal, kalau tak memang ke sana sajalah tujunya.




Masak Spaghetti Bolognese ni gara-gara ternampak rakan fb post masak pasta, Sk terus teringat, ada beli daging kisar masa pergi NSK beberapa minggu lepas. Padahal, dah plan dengan PI nak makan kat kedai hari tu, terus whatsapp PI, nak masak Spaghetti Bolognese, dia pun onz aje la. Jangan ko kata nak masak spaghetti carbonara atau tomyam, memang dia pangkah awal-awal, hehehe.




Balik rumah, terus keluarkan daging kisar dalam freezer dan rendam dalam air. Sk masak sos bolognese tak adanya nak renyah-renyah, guna jer sos ready made. Jenama prego antara yang jadi pilihan la tapi ni PI yang beli. Dia memang suka simpan stok sos-sos ni. Satu lagi, daging kisar Sk suka jenama Ramly, baru berasa dagingnya.


Resepi Sos Bolognese Sk


Bahan-bahan:

1 bungkus daging lembu kisar jenama Ramly
5 ulas bawang putih dicincang
2 biji bawang besar dipotong dadu (kalau bawangnya besar penumbuk letak sebiji aje)
1 botol Sos Tradisi Prego
1 tin kecil tomato puri (Sk guna duchef)
Sedikit minyak untuk menumis 


Cara memasak:

1. Panaskan periuk, masukkan minyak secukupnya, tumis bawang putih hingga hampir garing.

2. Masukkan daging kisar, kacau dan masak sehingga daging berubah warna.

3. Masukkan bawang besar, kacau sekejap-sekejap sehingga bawang layu.

4. Masukkan sos prego dan tomato puri. Tambah sedikit sahaja air dalam tin dan botol sos, goncang sikit kemudian tuang dalam periuk. 

5. Masukkan garam secukupnya dan biar merenih sebentar, matikan api.




Dulu, Sk beli periuk tinggi semata-mata nak rebus spaghetti tapi dah bertahun jugak Sk suka rebus spaghetti guna kuali besar, lagi senang nak kendalikan dan spaghetti tak putus. Rebus spaghetti mengikut aturan pada label bungkusan. Biasanya spaghetti direbus selama 13 minit.




Dah siap rebus spaghetti, pindahkan dalam penapis. Masa tengah panas-panas tu gaul dengan mentega atau margerin. Kemudian taburkan daun parsley cincang. Sk guna daun parsley cincang ready made dalam botol.




Gaul dulu sebelum makan. Belajar masak spaghetti ni dari PI jugak tapi sekarang kalau disuruh manjangnya tak reti katanya.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. pasti sedap! Selamat menjamu selera ye. Yummy...

    ReplyDelete
  2. suami saya kalau bagitau nak masak bolognese awal-awal dah pangkah yg dia suka carbonara...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!