Assalamualaikum WBT
BILA tahu kami singgah tidur semalam di Melaka, Iman pesan agar tapau Sup Lembu Tangkak bawa balik Johor. Iman dah habis exam hari Jumaat, tapi nak tunggu hari kami balik, baru dia balik.
Lepas check out di Noble Resort Hotel Melaka, terus menuju ke sini. Speechless ya, masuk-masuk kedai, staf dia teruja sungguh nampak kami. Lama tak nampak katanya. Ya, memang lama tak datang makan kat sini sebab selalu masih kenyang makan breakfast hotel kan.
Kita tapau tiga bungkus terus untuk makan malam. Sk pesan, minta bungkuskan baik-baik dan selamat sebab nak bawa balik Johor.
Terharu bila dia masukkan dalam kotak ni. Dia kata, ini macam selamat, hehehehe.
Macam selalu, PI suka ikut jalan lama menuju ke Muar. Kena singgah Coconut Shake Alai dulu, PI nak minum air kelapa, cuci perut katanya. Kita park depan banner Kembali ke Sekolah ni.
Masih belum ramai, dekat sini kebanyakan pelanggan merupakan penduduk setempat. Kami saja yang acah-acah tourist, hihihi.
PI pesan air kelapa original sebiji, no ice and no sugar, tapi minta tuangkan dalam gelas. Sebiji ni, RM6. Sk tak pesan apa-apa, walaupun coconut shake kat sini sedap. Kenyang sangat lagi makan kat hotel tu. Sedut sikit air kelapa PI, manis betul, jarang nak jumpa air kelapa original manis macam tu.
Dua-dua tak terliur tengok nasi lemak daun pisang, hahaha. Pandang aje lambai-lambai. Sebabnya nak simpan perut, nak makan asam pedas kat Parit Jawa.
Gedebak gedebuk, jammed ya macam biasa arah selatan dari Machap ke Kulai. Sampai rumah, Iman dah keboringan dan kelaparan menunggu. Sebab lapar sangat, dia beli nasi lemak dan goreng pisang, jadi, malamlah baru makan Sup Lembu Tangkak ni.
Kami pesan sebungkus Kueyteow Sup Campur (Sk) dan sebungkus Kueyteow Sup Daging (Iman). Untuk PI, Bihun Sup Campur. Daging tu dia bungkus sekalikan dengan sup, jadi Sk keluarkan supnya sahaja tuang dalam periuk untuk panaskan. Daging campur terus letak sama dengan kueyteow dalam mangkuk.
Iman punya, Kueyteow Sup Daging sahaja. Dia kan tak makan organ lembu dan ayam.
Sekali buka yang PI punya, dia letak mee kuning pulak, bukan bihun. Hurmmm, baca balik dekat resit tulis mee. Itulah pentingnya semak resit dari kat kedai lagi. Banyak kali cuai pasal ni. Tapi, takpelah, nasib baik la Sk ni okey jer makan mee kuning dan PI pun tak kisah dapat kueyteow, tapi kalau mee kuning memang dia tak nak la. Dia cuma makan mee kuning kat mee goreng, mee hailam dan mee bandung aje.
Kumpulkan semua kuah sup ni dalam satu periuk dan panaskan. Dah mendidih, angkat terus periuk letak atas meja, hehehe.
Banyak dia bagi sambal cili, memang dah pesan nak banyak. PI kata, dia mesti cam kita sebab kita kalau datang mesti habis sambal cili dia sebotol, hahahaha. Dia ada dua jenis sambal cili, satu lagi guna cili padi, pedas berdesing yang tu, janganlah kau cari nahas letak banyak-banyak.
Selain tu ada jugak halia dan bawang putih cincang dengan daun sup.
Sedap betul, lama tak makan. Kali terakhir makan bila ek,
MASA NI KOT.
Nampak sikit sebab Sk keluarkan separuh. Banyak betul sebungkus tu. Perut kita dahlah kecik (tipu). Hahahahahahahaha.
Sedapnya mi sup daging.
ReplyDeleteLawonya pinggan mangkuk, berbunga2
ReplyDelete