MAKAN DI RESTORAN FAMOUS PENANG MEE GORENG BANGKOK LANE

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 




BERSAMBUNG dari episod Menginap 2H1M di The Everly Putrajaya. Kali ni PI ajak menyendol jauh di Subang Jaya, kira-kira 40 minit perjalanan iaitu Restoran Famous Penang Mee Goreng Bangkok Lane.


Berbeza dengan port-port menyendol sebelum ini, yang ni merupakan lot kedai atau sebuah restoran yang pastinya lebih selesa. Cendol pun banyak add on la, seperti pulut, mangga, durian, laici dan banyak lagi. Selain cendol, juga ada Air Batu Campur atau Ais Kacang.


Yang paling famous di sini sesuai dengan nama restorannya ialah Mee Goreng dan Pasembur.


Selain tu ada jugak Nasi Dalca dengan pelbagai pilihan lauk.


Kami masing-masing pilih cendol biasa. Cendol biasa dia luar biasa jugaklah, ada cincau yang disakat halus serta jagung lemak berkirim. Cendolnya lembut dan aisnya cair di mulut. Santan dia lemak masin, sedap dan dia guna gula melaka sepenuhnya. Rasa gula melaka tu kuat sangat, macam rasa gula melaka ready made dalam botol tu dan agak mengganggu.


Pasembur semestinya kena order. Rasa dia biasa-biasa aje. Yang ni kami kongsi.


Pesan Mee Goreng Sotong seorang sepinggan. Kalau di Penang, sotong tu dia buat lauk letak kat tepi mee, yang ni dia goreng sekali. Rasa mee dia okeylah, mee goreng mamak yang ada jemput-jemput dan kentang rebus dan ditabur daun salad. 



Layankan PI nak makan ni memang boleh meletup perut, lepas tu dia suruh kita habiskan pasembur. Tak sanggup kita kali ni, hahahah.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ish ish ish... naik lapor la, tengok mee goreng. Saya belum makan lagi ni. :D

    ReplyDelete
  2. Tengah hari tadi pergi mamak, makan nasi goreng cili padi.. Kadang² bosan juga makan nasi berlauk hari². Tadi tetiba nak makan nasi goreng.. Hehe

    ReplyDelete
  3. PH suka makan cucur yg dlm mee goreng mamak tu, tak tau la rasa sedap je ganding dgn meenya
    Pasembor kita kurang sikit tapi cendol layannnn...

    ReplyDelete
  4. Aduh...x leh tahan tengok cendol tu la...

    ReplyDelete
  5. Rindu nak hirup cendol Wak Gundul!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!