MASAK NASI MINYAK, KARI TULANG & HATI LEMBU MASAK PENGANTIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


HARI sabtu lepas, Pak Inche kongsi resepi Hati Lembu Masak Pengantin dari facebook grup mana tah. PI kata, boleh tak masakkan ni? Sk jawablah, boleh, belilah hatinya. Okey, esok kita pergi pasar tani, kata PI. Tapi, takkan nak makan lauk hati semata, kan? Kuahnya apa? Tanya Sk. Buat kari daging la, cadang PI. Sk pulak up lagi, cadangkan Kari Tulang. Uish, cadangan disokong la gitu. Esoknya pergi Pasar Tani, Taman Sri Pulai. Tapi, Sk tak turun, PI jer yang pergi. Dari nak masak hati lembu, tiber dah pergi ke masak Kari Tulang. Tu takpa, tak nak makan dengan nasi putih, nak makan dengan nasi minyak, huhuhu.




Tapi, tu laaa.. boleh pulak nasi minyaknya termasin. Nasib baik boleh cover dengan manis-manis pencuk tu. Yang kesiannya, Sk hantar kat Iman. Mesti kawan Iman cakap, apalah mak kau masak masin, hahahaha.




Entah apalah dalam fikiran, kari ni pun sikit lagi nak masin, tapi Sk tambahkan lagi air dan santan. Sebabnya, Sk letak dua kiub pati lembu, lepas tu tak ingat, boleh letak garam macam biasa. Biasa Sk kurangkan garam kalau dah letak kiub pati lembu tu. Letak dua kiub sebab masak banyak. Masak banyak tu sebab nak frozen separuh. Sk dah banyak kali jugak kongsi resepi Kari Tulang, bolehlah buat carian di ruangan carian di atas jika nak resepi Kari Tulang Sk ni, hehehehe. Cuba yang ini Sk letak santan, biasa tak letak santan sebab nak jimat, hahaha.



Acar Jelatah, ada yang panggil pencuk. Balik dari hantar nasi minyak Iman, baru singgah kedai beli nenas, timun dan cili nak buat pencuk ni. Ni la penyelamat rasa masin nasi minyak, hahahaha. PI makan rilek jer sebab dia kuat masin kot.




Masak macam ada kenduri, hehehe. Biasalah Sk, tak pandai masak sikit sangat, masak banyak sangat pun sama tak pandai, tapi kemahen lagi buat blog masak-masak, hahahaha. 




Hati Lembu Masak Pengantin, tapi pengantinnya dah 25 tahun la, hahahaha. Sedap jugak lauk ni, simple jer masak, ni pertama kali kot Sk masak hati lembu. Kami berdua pulak memang penggemar organ-organ lembu dan ayam. PI beli hati setengah kilo, ikut sukatan resepi. Sk pada mulanya nak masak separuh aje, lepas tu fikir, dah alang-alang, masak aje la semua. Siap masak, separuh Sk frozen, kot boleh makan sahur bulan puasa nanti, kan. Selera sikit la Pak Inche nya nanti, hehehehe. Sk kongsi resepinya kat sini ya (no edit).


Resepi Hati Lembu Masak Pengantin

Bahan - Bahan :

500 gram hati lembu 
(basuh 3 or 4 kali, selawat, masuk tepung biar sekejap pastu basuh balik insyaallah xde bau)
3 biji bwg besar, 3 ulas bwg putih & 1 inci halia (blend)
4 sekawan
1 sudu cili kisar (optional)
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1 sudu garam masala (optional)
Garam/serbuk perasa
Sedikit air
Kcg buncis (optional) 

Bahan hiasan
Cili merah & daun bwg
Bwg besar potong bulat

Cara2
Garam kunyitkn hati lembu yg telah dibasuh. Panaskn myk & goreng sekejap, angkat toskan..
Tumis bahan blend bersama 4 sekawan, masuk cili kisar, masak sekejap smpai pecah myk, masuk sos tiram, kicap, serbuk lada hitam & garam masala masak sekejap masukkn air & hati lembu, masuk kcg buncis dgn bwg potong bulat.. Tunggu masak angkat & tabur bahan hiasan

Kredit : Lubuk Resepi

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rasanya SA pun ad ashare resepi ni gak kat blog...tapi blom cuba masak lagi...nanti nak cuba la masak...nampak sedap SK masak tu..bahan pun senang x susah...nanti SA cuba SA share ye

    ReplyDelete
  2. Nasib baik tak masin macam Aziz dan Sudin masak.. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Terkadang kan, ada juga termasin lauknya.

    ReplyDelete
  4. sedapnye nasi minya.. kalau hati ayam masak begini pasti sedap juga kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!