MAKAN PHO BO DI RESTORAN ABA VIETNAMESE MUSLIM FOODS

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


RASANYA anak-anak orang lain bila balik bercuti, minta nak makan masakan emak, tapi Iman ni pulak, dia minta nak makan kat kedai-kedai. Sk lagi suka sebenarnya, bawa ke kedai jer lagi senang, tak penat. Ialah, hari tu dia minta Sk masak daging bakar cicah air asam jer pun, serta-merta rasa nak pitam, hahahaha. 


Iman kata, dia belum lagi dapat makan dekat kedai kawan Pak Inche, Uncle Aba yang menjual makanan Vietnam. Iyerr.. ada sekali bawa, tapi kedai tutup, tu yang dia frust tak dapat makan Pho Bo kegemaran dia. Sebelum ni pernah makan Pho Bo di My Viets dan dulu-dulu makan di Restoran Singgah Selalu yang lama (depan jalan Istana Bukit Serene). Harga makanan dah naik RM2, Pho Bo dulu RM15 semangkuk, terkini RM17. Bertabahlah demi semangkuk Pho Bo. Harga bahan mentah dah naik, terpaksalah naikkan harga jugak.


Gelas bentuk jug yang comel. Sk cam biasa la minum Ais Kosong. Dia dah takde keinginan lagi nak minum air manis kecuali ada masa dia, macam nak sangat lebih-lebih lagi kalau masa sarapan, hehehe.


Tu dia.. semangkuk Pho Bo (Beef Noodle). Jika anda tak makan daging lembu, boleh minta Pho Ga (Chicken Noodle). Selain tu ada seafood jugak. Nak makan, letak chili oil, jeruk bawang putih dan perah limau nipis, dia punya pergiiii! Satu kepuasan betullah makan Pho Bo ni, hirup sup dia yang panas dan pedas tu dengan aroma daun selasihnya. Bila nak repeat ya, tiba-tiba rasa teringin sangat ni, hahaha.


Akhirnya dapat jugak Iman makan Pho Bo kat sini.


Kami tiga beranak memang hantu beef noodle. Noodle dia guna kueyteow kering ya. Dia celur sampai lembut, baru tuang sup tu. Servis dekat sini taklah cepat sangat, dan tidak terlalu lambat jugak. Kedainya betul-betul depan The Grands by Adam Kitchen, Pusat Komersial Kulai.


Selalu pesan Cha Gio (popia goreng) tapi kali ni minta Goi Cuon (Vietnamese Roll) yang guna kulit tepung beras jernih. Intinya udang, suhun dan salad serta carrot. Cicah pulak dengan sos chili Thai. Harganya RM13/ 3 pcs macam mahal kan, tapi besar ya. Dia tak lipat tepi, memang gulung memanjang kemudian belah dua, jadi dapat 6 roll. 


Rojak buah. Kalau datang tiga beranak ni bolehlah pesan appetizer lebih sikit sebab banyak mulut. Kalau kami berdua aje, terpaksa nanti Sk jadi majlis bandarayanya, hahahaha.


Pijor bibir nak habiskan sup dalam mangkuk, hahahaha.  Isinya memang wassalammm laaa... syukur Alhamdulillah.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!