CENDOL & ROJAK MUSTAFA SEKSYEN 17

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 




BEGINILAH ya.. selagi tak dapat cendol yang menepati citarasa, selagi tu cari. Nak cari kedai cendol yang ada jual rojak sekali sebab masa kat Cendol Durian Runtuh tu, tak ada rojak. Jadi, lepas check out dari Royale Chulan The Curve, kami menuju ke Cendol & Rojak Mustafa yang terletak bersebelahan pasar Seksyen 17, Petaling Jaya.




Dekat sini mereka cuma sediakan bangku plastik macam ni aje banyak-banyak, tak ada meja. Ia diletakkan di kaki lima bahagian belakang pasar.  Sk rasa tak semua orang selesa cara macam ni kot, tapi bagi Sk, no problem sebab tak ada bau yang tak menyenangkan, malah tak ada seekor pun lalat yang terbang depan Sk. Nampaknya peniaga mengambil langkah kebersihan yang sepatutnya.




Cendol biasa, RM3 (kecil). Ada jagung krim dan kacang merah sekali. Portion cendol memang ngam untuk seorang. Bila Sk kacau-kacau, masih nampak lagi ais yang kasar tapi bila masuk pulut, ia mencair dalam mulut. Ternyata inilah rasa cendol yang dirindukan. Santan lemak masin dan manis-manis gula melaka, cendol lembut tak keras. Cuma kan, dia macam ada bau-bau hospital sikit. 




Pak Inche makan Rojak Sotong (RM9) dan yang ni Sk punya, Rojak Telur (RM7). Rojak Sotong ada telur jugak dan ada sotong macam sotong sambal yang selalu diletakkan dalam Mee Goreng Sotong (Penang). Kuah rojak dia walaupun kurang merah tapi agak pedas jugak.




Macam ni la cara makan, tatang pinggan rojak atau mangkuk cendol. Sambil makan bolehlah hirup cendol tapi kena membongkok sikitlah.




Tercapai jugak keinginan anak tekak nak minum cendol dan makan rojak. Rojak kat sini ala-ala pasembur. Kalau di Johor kami panggil Rojak Asma.




Harga rojak dipamerkan di sini. Ada jugak rojak ayam dan rojak mee. Mulanya nak ambil rojak mee tapi tak jadi sebab macam masih kenyang jugak sarapan pagi tu.




Kebersihan dijaga dengan baik cuma tu la, dah namanya belakang pasar, janganlah kita membayangkan tempatnya cantik pulak nak nak pulak kawasan lama.




Harga cendol turut dipamerkan. Boleh bayar tunai atau transfer online dengan mengimbas kod QR. Dah dah.. jom balik Johor.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aiyoooo…ini tempat sudah manyakkkk dekat sama saya pun ofis tau kakak

    ReplyDelete
  2. Dana kalau balik johor je baru dapat merasa rojak asma, sini mana ada kak. Rojak mamak dia pun tak banyak pilihan bebola mcm rojak asma tu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!