Assalamualaikum WBT
SEMASA menginap di Royale Chulan The Curve, kami ajak Cikwa datang The Curve jer makan-makan. Tu la salah satu sebab suka sangat menginap kat RCTC, senang nak makan, pergi sebelah aje. Masa duduk sebelum ni, kami makan di Restoran Congkak, boleh baca KAT SINI. Ada sekali tu, kami makan di Teh Tarik Place. Kali ni kita ikut citarasa Pak Inche pulak, nak makan nasi daun pisang di Matcha & Co.
Matcha & Co ni terletak di sebelah kiri paling hujung, dekat dengan ruang legar terbuka, dulu kat situ katanya ada panggung wayang. Ni antara menu istimewa mengikut hari yang sempat Sk snap. Ada menu lain jugak.
Cikwa tengok movie Pushpa 2. Eloklah tu, sesuai sangat sambil layan nasi daun pisang, hahaha.
Sk dan Cikwa pilih set Banana Leaf Thaili Set. Dalam set ni dah ada sayur of the day, sambar dan rasam. Nasinya nasi putih dan ada papadom sekali.
Lauknya ambil lain sebab dalam set tu tak ada ayam atau kambing atau ikan. Sk pilih ayam goreng, Cikwa pun sama. Memang dia ni dari mula ikut jer apa Sk pilih, hihi. Sk pun belasah aje la, kalau tengok Sk pergi mana-mana restoran daun pisang pun memang ayam goreng jer la yang senang dan kenyang. Kalau ambil kambing karang, sikit pulak. Sikit jer takpe, mahal lagi, hahaha. Ayamnya ni suku bahagian (whole leg). Ia digoreng berempah, lembab-lembab garing gitu ditabur pulak bawang goreng garing.
Tambah lauk udang goreng ni haaa.. cian dia tiga ketul alat-alat. PI tanya, picagari tu untuk apa? Tu sosnya, pakkk, hahaha. Udang kan, goreng jer pun sedap. Bijan tu bagi kesan rangup-rangup.
Kuah tu nanti ada pelayan tuangkan atas nasi. Ada tiga pilihan iaitu kari ayam, kari ikan atau dhal.
PI tak ambil set macam kitorang, dia ambil set Masala Chicken. Set ni dia letak dalam pinggan biasa jer, kecewa PI. Sk pun cakap, kenapa tak pilih aje macam dalam gambar menu tu tentu-tentu dapat macam Sk tu ha.. nasi daun pisang. Pishang Pak Inche.
Mintak Matcha tolong ambilkan gambar.
Tengah-tengah makan ada grup buat persembahan Tarian Singa kat ruang legar terbuka ni. Teringat dulu kecik-kecik suka betul tengok singa berjoget ni, eh, sampai dah tua ni pun sukalah, hihi.
Dekat koridor situ ada booth jualan, terberkenan pulak la dengan satu tudung warna biru tu, tak pernah ada tudung bawal warna biru. Cikwa kata, ambiklah, dia belanja. Yabedabedooo.
Lepas dah Cikwa balik, baru teringat lupa nak bagi kuih raya, esoknya suruh Cikwa datang masa Sk check out, ambik kuih raya dari Johor. Kuih raya tu anak sedara Sk (anak sepupu) yang buat.
Bagi Tart Nenas dan satu lagi tak snap pic-nya, brownies cookies.
Mekacehhhh, Cikwa belanja tudung. Esoknya terus pakai, hahahaha.
Sedap plak tengok nasi daun pisang Cikwa dan SK tu....alahai pilih kasih la restoran ni...bagi je la PI sama dulang set bulat tu...apo...
ReplyDeletekreatif betullll
ReplyDeletesiap ada picagari tuuu
;-)
Good idea la syringe tu... kalau letak sambal belacan dalam tu pun ok
ReplyDeleteTeringin pulak nak makan nasi daun pisang ni. Kreatif betul letak sos dalam picagari tu.
ReplyDeleteyumm yumm yumm.. sedapnye
ReplyDeleteAgak dah sos dlm picagari tu...tp kalau hidang di rumah, mau kena kecam kot hihi ...
ReplyDeleteKita pun baru makan kuih raya, jiran bagi tart nenas juga :)
Lawa tudung tu, kena dgn SK 👍🏻
Macha kakak…macha. Kalau matcha dia sudah jadi teh kakak. Sekarang kakak sudah buat saya teringat2 sama itu matcha green tea
ReplyDeleteBaca judul saya pikir menu2nya akan berbau matcha. Ternyata baca komen kak Ammi bukan matcha, tapi macha yaa 😅. Patut lah tak ada menu matcha.
ReplyDeleteTp ini sedaaaap pasti 😍😍😍. Apalagi udang itu unik lah, sausnya dalam suntikan begitu 😄