Assalamualaikum WBT
KISAH 18 Februari lepas, makan buffet @ Retro Style Lunch Buffet di F&B Kolej. Lunch Buffet ni merupakan tugasan amali yang dijalankan kepada pelajar Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Tahap 3) sebelum mereka keluar menjalani latihan industri pertengahan bulan Mac depan. Uiii.. masaklah anak-anak, korang kena intern time bulan puasa, hehehehehe.
Dulu-dulu bolehlah makan percuma tapi la ni kena bayar RM15 per pax. Masih murah sangat la RM15 tapi boleh dapat 24 menu. Larat tak larat aje la makan dan minum semua tu. Aturannya, kena pakai cermin mata hitam.
Dahlah pakai baju hitam, bergambar pulak depan speaker hitam, dah nampak macam sponge bob kat situ. Cuma bezanya sponge bob warna kuning, hihihi. Kebetulan Sk dan Ina ada kacamata hitam bentuk rama-rama ala retro jadi benda dah ada kita pakai la.
Tak tahulah siapa punya idea buat tema retro ni. Banyak pulak mereka sediakan prop bagi menepati tema retro.
Besar jugak modal nak cetak poster-poster berwarna ni.
Ada replika piring hitam digantung pada tirai. Patutnya kena laminate dulu baru tak bergulung tapi mungkin tak sempat. Apa ketidaknya, dorang yang set up hall, dorang jugak kena sedia bahan dan memasak dari A sampai Z. Nak jadi chef bertopi tinggi, kenalah bermula dari bawah.
Macam dalam filem P Ramlee suasananya.. apa tu, Kelab Kabana ke apa nama eh, yang Pak Maon joget-joget tu? Hahahaha.
Kita set buffet kat meja sendiri dulu la macam selalu. Ambil ikan caru bakar dengan air asam dan tomyam.
Makan nasi dengan Asam Pedas Ayam, Udang Masak Lemak Manis, Daging Masak Hitam dan Sayur Campur.
Ikan ni SK makan sebelah, sebelah lagi bagi kawan. Besar ikannya, tak larat makan sekor.
Kueyteow ni dorang goreng kat live station. Ni makan kongsi-kongsi sebab semua dah kenyang makan nasi. Bila ingat balik, kenapalah tak tapau aje ni, boleh jer minta, malu apa.. pelajar kita jer semua ni, dah macam anak-anak sendiri.
Sk tak banyak ambil gambar kat buffet line sebab masuk dah lambat. Spaghetti Aglio Olio ni Sk tak makan. Menyesallah pulak, hahaha.
Tauhu sumbat dia bentuk patsegi. Memang dia guna seketul tauhu terus dan tauhunya pun comel aje.
Seafood Cocktail. Udang panjat gelas seekor, dalamnya ada crabsticks.
Chicken Salad
Burnt Cheesecake
Creampuff.. adunan tak sebati dan overcooked pulak. Kata kawan Sk, nasib baik tak tanggal gigi palsu. Ni ajelah yang gagal, yang lain lulusssssss!
Sekali-sekala, kita layan yang manis-manis.
Makan Tauhu Sumbat, Seafood Cocktail dan Rojak Buah.
Bergambar jangan tidak. Ciptalah kenangan sebanyak mungkin kerana setiap yang berlaku tidak akan berulang.
Kalau ada pembaca yang berminat nak hantar anak sendiri ke, anak sedara ke.. belajar jadi chef, boleh la terus whatsapp Sk ya. Nombor whatsapp ada kat side bar sebelah kanan.
retro sungguh bila gambar kaset pada menu tu SK, murah dan berbaloi sangat makan nih :)
ReplyDeleteComel seafood cocktail tu.
ReplyDeleteTahu sumbat empat segi memang first time saya nampak di sini. Tak kisahlah kan SK, janji sodap!
Baru tau ada seafood cocktail.
ReplyDeleteMurah sangat RM15 dengan segala menu yang ada ni.
Betul Sk, saya selalu jadi tukang ajak orang bergambar sebab fikir setiap detik adalah kenangan yang unik - tak berulang dan tak sama.
RM15 untuk 24 dish...wah....kalau open kat orang luar SA nak angkat tangan...nakkkk....nampak sedap semuanya
ReplyDeletepada pandangan lady, sempurna... cantik.. :D :D :D..
ReplyDeleteNampak banyak usaha dikeluarkan oleh pelajar-pelajar, ya. Makanan pun nampak sedap dan comel.
ReplyDeleteSeafood cocktail nampak sedap, semua pun jugak.
ReplyDelete