Assalamualaikum WBT
HARI ini cuti sempena perayaan Thaipusam. Tadi, PI tanya, dulu-dulu Johor tak cuti, kan, Thaipusam? Ya, betul. Sk tak ingat, bila negeri Johor mula mengambil cuti umum sempena Hari Thaipusam yang dirayakan kaum Hindu. Tapi, Sk masih ingat, dulu, masa sekolah menengah, nak balik rumah, kami akan lalu di hadapan Kuil Hindu Tampoi (depan Giant Tampoi). Jadi, waktu lalu depan kuil ni memang akan bertembung la dengan mereka yang melakukan acara sempena Thaipusam. Seram eh tengok yang cucuk-cucuk besi tu, memang nampak jelas depan mata dekat-dekat gitu. Sebab tu Sk pasti, dulu masa sekolah, belum ada cuti umum sempena Hari Thaipusam ni.
Sk dah bagi hint awal-awal dengan PI, hari ni nak sarapan di luar tapi tak nak kat kedai mamak. Nak makan sarapan orang Johor, lontong ke, apa-apalah, tapi tak nak mamak. PI ajak ke Kopi Tenggek Kulai, jom!
Rugilah kalau ke Kopi Tenggek tak minum Kopi Tenggek, hehehe. Dapat pulak cicah dengan biskut kaka, memang mengimbau kenangan betul.
PI kata, dia masa budak-budak dulu, patahkan biskut rendam terus dalam cawan. Aishhh.. itu.. budak satu Malaysia buat, betul tak?
Sk ambil Sambal Goreng, Sambal Kacang dan Serunding Kelapa.
Ketupat nasi sebiji, ketupat palas dua biji, burasak sebiji dan lepat loi sebijik.
Rendang Daging sesenduk.
Masa staf datang ke meja nak kira harga makanan dan minuman, makanan dah luak, jadi, Sk tunjuk gambar ni, senang dia kira.
Teh O Panas
Kopi Tenggek
Bihun Soto
Ketupat nasi 1
Ketupat palas 2
Burasak 1
Lepat Loi 1
Sambal Goreng, Sambal Kacang, Serunding Kelapa
Rendang Daging sesenduk
Total RM32
Lepat loi dengan burasak tu tak dimakan pun, tapau bawa balik, hehehe.
PI nak makan Nasi Lemak Daun Pisang, tapi staf kata, vendor tak hantar hari ni. PI minta Bihun Soto. PI makan sikit lepas tu dah tak nak, tak menepati selera dia. Bihun tak dicelur sampai lembut dan rempah soto tak berasa. PI makan ketupat palas dua biji dengan rendang.
Sudahnya, sebelum balik rumah kena singgah mamak Thoufeeq jugaklah, hahahaha.
Layankan tekak mamak nak makan tosei cicah kari kambing dan chutney. Sk tukang tengok ajelah. Terimalah nasib kalau kahwin mamak, hahahahaha.
memang selera mamak PI ni.
ReplyDeleteWak tak pernah masuk kedai mamak.
Pekena tosei la baru ngamm ek PI 😂
ReplyDeleteSedap pulak makan biskut cicah air.. Lama tak pekena menu tu.. huhu...
Eh, saya tak rendam biskut dalam kopi. Nanti dia lembik la. Saya celup sikit-sikit je, asal biskut basah. Kikiki....
ReplyDeleteApa pun, marveles la, kopi tenggek. Why la takde kedai camni kat sini... :D