Assalamualaikum WBT
Doa Untuk Pengantin Baru
Umar Harith bin Mat Zaini
&
Najlaa Asyiqa binti Salim Khan
Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah)
ALHAMDULILLAH, Sabtu lepas, Allah swt kurniakan rezeki untuk memenuhi jemputan Walimatulurus dari sepupu Sk, pangkat kakak saudara, Kak Susilawati atau kami panggil Kak Shila dan suaminya Abang Zaini bagi meraikan anaknda mereka, Umar Harith yang bertemu jodoh dengan Najlaa Asyiqa. Kak Shila merupakan anak arwah Pak Uteh, adik kepada arwah abah Sk.
Majlis diadakan di Boraombak, Marina Putrajaya. Ini kali kedua Sk makan kenduri di Boraombak, kali pertama di Majlis Perkahwinan anak sepupu Pak Inche, boleh baca DI SINI. Gambar singgahsana pengantin yang sempat Sk snap sekilas sahaja semasa masuk ke dalam dewan. Klasik dengan rona keemasan dan yang pasti cantik giler!
Sk dan Cikwa ketika melangkah masuk ke dalam dewan dicandid oleh fotografer bertugas. Terima kasih, Mak Pengantin, kongsikan gambar ni, hihihi.
Umar Harith merupakan satu-satunya anak lelaki Kak Shila. Tak pasti Umar anak nombor berapa. Sebelum ni Sk pernah tulis Majlis Perkahwinan kakak Umar, Nasreen, boleh baca DI SINI.
Geng satu meja, Angah anak-beranak dan Cikwa serta sepupu Kak Tity (adik Kak Shila). Tak ada pulak gambar dengan Kak Tity kat meja.
Duduk sebelah Cikwa. Cik Ani tiga beranak pulak terpisah kat meja lain.
Ayam Asmara Dana
Ikan Tanpa Diundang
Dalca Seribu Tahun
Pajeri Kekanda
Acar Adinda
Kek Mulia Hati
lapooo tengok nasi orang kaya
ReplyDeleteangah,cik ani,cik wa dah macam kembar seiras..
Moga mempelai bahagia selamanya. Seronok pergi kenduri kawin, dapat jumpa saudara mara.
ReplyDeleteTudiaaa...nasi orang kaya nama diberi...bestnya kenduri kahwin kat sini
ReplyDeleteMengancam betul nama² menu dia... Nasi orang kaya tu mesti sedaplah kan :D
ReplyDeleteTrend skrg bagi bunga kat guests kan... Ada nmpk juga sblm ni kawan blogger juga post .
Alhamdulillah, semoga pengantinnya sentiasa ceria, cantik, berseri serta bahagia hingga ke jannah.. lahirkan anak2 yg sihat, cerdas, serta soleh solehah.. ameeennnnn
ReplyDeletecantik cenderahati, best tu dapat bunga sorang satu. Nampak ceria sungguh majlisnya dengan makanan sedap-sedap.
ReplyDelete