MENGINAP 2H1M DI ROYALE CHULAN THE CURVE

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


WALAUPUN tidak dapat menambah penginapan untuk semalam lagi di Hotel Ideas Kuala Lumpur, namun misi Jalan-Jalan Kolumpo tetap diteruskan. Lagipun dah janji nak jumpa Cikwa esok malamnya, takkan tak jadi pulak, kan. Pada mulanya Pak Inche ajak menginap di Crystal Crown PJ, tapi macam tak best la tempat tu tak ada apa sangat keliling dia. Terus PI teringat, Royal Chulan The Curve. Duduk situ senang nak pergi mall, langkah kaki kanan jer terus sampai, eh, nak langkah kaki kiri pun boleh tapi kanan lebih afdhal,  hehehe.




Kali ke 3 dah kot menginap di sini. 


Kali pertama baca DI SINI


Kali kedua DI SINUN





Dapat angpau?




Ambil bilik Deluxe Queen, RM270 nett semalam (gov rate).




Biliknya tak luas sangat, tapi nak solat masih selesa.




Sk ada koleksi pensil-pensil hotel.




Sekarang ni banyak hotel bagi teh dan kopi jenama Bon.




Seterika dan papan penggosok lengkap.




Dalam sampul angpau tadi ada wang emas.




Setiap kali menginap di sini mesti mengadap Ikea. Tapi setiap kali tak pernah pergi walaupun seberang jalan aje.




Masa duduk kat hotel ni baru tahu drama-drama bersiri baru yang ditayangkan kat tv3, heheh. Pelakon-pelakon pun semua baru.




Sarapan hari pertama, ambik western la. Kalau di RCTC ni, biasanya ada pasta.




PI kata bihun sedap, jadi Sk ambil bihun, sedap la.. bihunnya lembut dan tak putus. PI tak makan nasi lemak kali ni, makan bihun dengan roti canai aje. Sk makan ni jer lah dua kali bangun aje. Roti canai tak larat nak makan, heheheh.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. PH kalau stay dekat hotel kira wajib cuba nasi lemak & bihun/mi depa. Rasa sedap je wpun goreng bodo² je :D
    Wang emas wang emas hehe...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!