Assalamualaikum WBT
AGENDA makan-makan diteruskan dengan lawatan sambil makan di Nasi Lemak Burung Hantu cawangan 222 Petaling Jaya. Dekat-dekatlah ni dengan Nasi Lemak 222 yang biasa kami pergi sebelum ni. Kali ni kita tukar citarasa.
Apa-apa hal kena beratur dulu laaa..
Mula dah duduk kat luar lepas tu PI panggil suruh duduk kat dalam, ada dua tiga buah lagi meja kosong. Lepas tanda meja dengan beberapa barang seperti kotak ubat dan kotak cermin mata, Sk pun join PI beratur sekali.
Masa ni barisan dah mula nak memanjang. Biasalah kan orang KL memang giler makan nasi lemak malam-malam, hahaha.
Nasi lemak diorang dah set siap-siap macam ni, ada telur mata, timun, kacang tanah dan ikan bilis serta sambal. Dah sampai dekat bahagian ni, kita beritahu staf la nak lauk apa, nanti dia isikan dalam pinggan nasi lemak tu.
Ikan bilis dia hancur-hancur.
PI ambil lauk sotong kembang dan ayam goreng. Ayam goreng dia sedap sangat, rangup diluar dan empuk di dalam, lembut jer bila kita carik ayam tu. Sotong pun lembut, sambal sotong dengan sambal nasi lemak, bukan sambal yang sama.
Sk ambil lauk Sambal Paru. Sambal paru dia guna lada hidup ala-ala masakan di restoran nasi padang. Ada rasa muak sikit la, rasa berminyak dari paru yang digoreng dan sambal lada hidup dia.
Sambung beratur lagi untuk beli minuman dan buat pembayaran. Ada dulang disediakan.
Ni la sistem yang paling Sk tak gemar, tapi dah sampai, layan aje la.
Masa makan tu, mula-mula Sk suap nasi lemak sahaja, kemudian sambal sahaja. Nasi lemak mereka guna beras basmathi. Kadang orang cakap, beras basmathi tak serap santan, tapi ni berasa betullah lemaknya, sedap sangat di tekak kami. Dalam sambal tu pulak, boleh rasa ada ikan bilis goreng dikisar dan dimasak dengan sambal. Sambal pekat, ada rasa masin, manis dan rasa belacan. Sambal dia walaupun nampak sikit tapi ngam dengan nasi.
Happy nampak PI dapat makan Nasi Lemak Burung Hantu, hahaha. Tudung kemik kena tiup kipas kat atas.
Makan ni free sebab Izzat belanja. Otw tu dia transfer duit cakap nak bayarkan dinner bonda. Terima kasih, Izzat, hehehe.
SA pun suka Nasi Lemak Burung Hantu, selalu bungkus untuk meeting...next time kalau SK nak makan sini lagi..cuba sambal kerang dia..sedap...
ReplyDeleteramainya...belum pernah lg makan nasi lemak nih...baru tau ada di Semua House...boleh terjah weekend ni InshaaAllah..
ReplyDeletepagi2 rase berat nasi lemak tu..memang malam2 sesuai...sebab dia nasi...kikiki
ReplyDeleteDapat sambal sotong yang lembut tu yang best, ngam makan dengan nasi lemak.
ReplyDeleteAda jenis beras bashmati yang liat nak serap santan. Ada yang ok.
ramainya orang
ReplyDeleteWanjo dah dua kali kak ana pii sedap kena dengan selera, hari tu pi Tanglin tapi macam biasa-biasa sahaja, burung hantu belum lagi kena pii nih nampaknya ")
ReplyDeleteAla kena beratur² ni yg malas haha... Tapi mmg nampak sedap, nanti nak terjah la jugak. Senang depa dah set gitu, cepat lah sikit tinggal nak tambah lauk pilihan je
ReplyDeleteFames nau tempat ni... namun uncle belum sampai lagi
ReplyDelete