Assalamualaikum WBT
MASIH lagi kisah Jalan-Jalan ke Kolumpo masa cuti Tahun Baru Cina tuari. Yang mengajak jalan-jalannya Pak Inche tapi biasalah, yang lebih sudu dari kuah tu, Sk, hahaha. Dah alang-alang sampai Kay El kan, aaa.. jom lar kita ke pusat beli-belah yang baru dibuka di Jalan Tun Razak, pusat bandaraya Kuala Lumpur, The Exchange TRX atau juga senang dipanggil TRX Mall. TRX merupakan singkatan dari Tun Razak Exchange.
PI onz, tapi dia kata, kita naik grab.
Baik, tuan. Jadi, petang tu, kami ambil grab dari
Ideas Kuala Lumpur ke TRX Mall, caj yang dikenakan RM13. Perjalanan mengambil masa 20 minit disebabkan kesesakan lalu lintas di Bukit Bintang. Eh, ingatkan cuti-cuti ni KL lengang, huhu.
PI bolehlah pulak pakai baju merah, dah macam sambut Tahun Baru Cina sekali. Banyak ong ma!
Nampakkkk, ramai yang pakai baju merah. Meriah ya, ramai kaum cina yang berjalan dengan berbaju merah dan ramai juga yang berpakaian tradisi mereka iaitu cheongsam, tak kiralah lelaki atau wanita. Agaknya balik beraya la kan. Dalam gambar ni Apple Shop.. maaf, Sk tak tahu istilahnya, Switch jugak la kan.
Dua tingkat tau!
Salah landing, patutnya kena posing depan Menara TRX. Nasib ada ambil video, bukti hadir! Hahaha.
The Exchange 106 (dahulunya dikenali sebagai: Menara TRX) merupakan pencakar langit yang telah siap dibina di Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. Pembinaan bermula pada 29 April 2016, dan dirancang siap dibina pada pertengahan 2019. Apabila siap dibina, ia akan mempunyai 106 tingkat dan mencapai ketinggian 492 meter secara langsung akan menggantikan Menara Berkembar Petronas sebagai bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara sebelum Menara Warisan Merdeka siap dibina yang dijangka pada 2022. Bangunan ini ialah pencakar langit kedua di Asia Tenggara.
Projek dibangunkan oleh Mulia Group Malaysia dengan kerjasama kontraktor dari China Construction Eighth Engineering Bureau Co. Ltd. Bangunan ini juga merupakan bangunan tertinggi dibina oleh syarikat China di luar Tanah Besar China.(
sumber)
Sampai tu kami terus naik ke aras ni, ada padang kecil dan di sebelah kanan ni The Exchange 106.
Penaja.
Dia ni la yang gigit buah epal korang, jangan tataw!
Ingatkan nak mengopi kat sini tapi beratur panjangnyaaaa.
Lalu depan Cafe Colombo ni, PI terus teringat pengalamannya ikut rombongan Cik Kiah company trip ke Sri Langka.
Tu takpa.. kenapalah matcha ni boleh buat apom kat depan kedai ni, terus PI terliur.
Kesian pulak, kalau tak sekarang, bila lagi??? Jom.. jomlah kita masuk.
Harga TRX la naaaa! Mengalir air mata, hahaha.
Apom atau appam dia ada tiga jenis, iaitu Apom Manis (RM8/1 pc), Apom Kosong (RM12/2 pc) dan Apom Telur (RM15/2pc). Apom Kosong dan Apom Telur tu tak ada kuah ya, kalau nak kuah kena ambil ala carte atau kira macam satu lauk la. Pelayan yang datang ambil pesanan tu pun tak pulak mencadangkan mana lauk yang sesuai untuk apom tu, kita dahlah dah sedih tengok harga apom dia, hahaha.
Last-last, PI ambil Apom Manis sekeping je, hahaha. Jamahlah, jangan kempunan pulak, kan. Amaaaaa... sedap! Tapi tulah, mahai nak mampuihhhh! Kat Ashoka, RM4, 2 biji apom, hahahaha. Ni sebiji RM8 ko!
Tepi dia garing, bahagian tengah dia gebu lepas tu dia letak siap santan dan tabur gula timbang (gula merah) kat situ, lunak-lunak rasa dia. PI kata, kena makan sikit-sikit sebab mahal, hahahaha.
Pesan Teh Tarik (RM8) sorang satu. First time Sk minum teh macam ni, PI kata, kat Sri Lanka atau India, memang macam ni cara dia hidang teh. Sk cuba minum, fuhhh.. panaslah cawan besi tu, cemana nak minum? PI ajar, angkat dengan mangkuk tu sekali, barulah tak panas.
Sk pilih Chicken Tacos (RM18/2pc). Lagi sekali PI gelak,
kat Restoran Kawd JB besarrrrrr tacos dia, ni comel lote, hahaha. Tacos ni datang dengan sambal cicah, sambal tu sedap, tacos pun sedap, elok molek betul rupa dia. Makan sorang seketul, kenyang jugak laaa (tipu).
Sikit lagi nak cecah RM50, heheheh.
Jalan-jalan lagi sampai ground floor sebab Iman kirim barang kat Watsons. Adoi, kat Johor pun ada Watsons, dia nak jugak Watsons TRX punya. Tak apalah, kita beli la sebagai cenderahati lepas tu ternampaklah, ada food court yang besar kat sini, Sk terus ajak PI makan malam siap-siap. Kalau ikutkan sebenarnya belumlah lapar sangat tapi dah malas nak singgah makan kat tempat lain.
Sk tengok dulu la sistem pesanan dia macam mana. Dekat sini layan diri, semua pesanan buat dan bayar terus di stall berkenaan. Kemudian tunggu makanan siap, terus ambil makanan kita. Sk tak suka food court yang kita kena pesan dulu makanan kat stall, kemudian buat bayaran kat kaunter juruwang, lepas tu bawa resit pergi kat stall semula, menyampah cara macam tu. Jadi, bila dah pastikan caranya mudah, barulah kami setuju nak makan terus kat sini.
Sk sekarang memang suka makan Chili Pan Mee. Pertama kali belajar makan Pan Mee ni kat Queensbay Mall, Penang. Lama tak pergi sana.
Set Pan Mee ni datang bersama sup fishball dan wantan goreng, RM19.90.
PI nak makan Char Kueyteow Penang. Yang sini pulak, kita pesan, buat bayaran, kemudian dia beri kita penggera tu. Nanti dah siap, dia bunyi, jadi ni tunggu kat meja pun boleh. Punyalah lama tungguuuu.. Sk sempat beli air ya. Nak beli air pulak, punyalah panjang beratur sebab cuma ada sebuah sahaja stall minuman.
Sk beli air kat Kyrox Kebab di luar food court ni. Beli satu ajelah, kongsi. Lepas dah siap makan, PI pergi beli air lain kat Food Court tu.
Ngam beli air, baru kueyteow siap. Sedap kueyteow tu.
Yang ni dua ekor udang, kalau nak extra udang, harga lain, tak ingat berapa.
Stall Yong Taufu, macam-macam eh boleh pilih.
Stall Nasi Kandar pun ada. Jadi, anda yang nak datang TRX Mall ni, jangan risau pasal makan, ada eh kat aras bawah mall dengan harga berpatutan, portion pun banyak. Kalau yang kat atas-atas tu kebanyakan restoran mewah. Dahlah harga kayangan, ciput jer dia bagi, hahahaha.
Ruang makan pun luassssss dan selesa.
Lepas makan terus balik, kepala lutut dah rasa nak tercabut, maklumlah remaja purba katakan. Balik tu kena grab RM29, lebih dua kali ganda dari harga masa pergi padahal belum pukul 8 malam lagi. Masa lalu kat Bukit Bintang tu, Ya Allahhhhh.. punyalah ramai manusia, nasib baik tak pergi kawasan tu dan nasib baik menginap di Ideas Kuala Lumpur. Tenang-tenang jer kat situ.
kalau malam, memang mencanak2 harga grabnya
ReplyDeleteMujur naik grab.. jangan la jadi cerdik macam saya dulu... naik kereta, pastu pusing pusing tak jumpa parking. buang masa dalam jammed
ReplyDeletePan Mee pernah makan kat Family Mart. Tersedak cili dia tu. Apom manis lama tak makan.
ReplyDelete