Assalamualaikum WBT
SEMALAM, Pak Inche beritahu dia belum makan nasi (berlauk). Dia cuma makan nasi goreng beli dari kedai mamak berhampiran pejabat. Pagi tu, Sk bekalkan sarapan telur rebus dua biji. Bagi telur rebus tu sebab dia yang mintak lepas dapat tahu Sk tiap pagi sarapan telur rebus jer. Member tak larat dah hari-hari sarapan roti telur bawang sampai RM4 sekeping, hahahaha. Sk hari-hari jimatlah dari beli sarapan kalau bawa telur rebus. Biasa sebelum mandi tu, Sk kukus telur dalam rice cooker, nak pergi kerja terus cekut masuk tupperware, sampai office baru kopek telurnya. Tengahari baru beli nasi campur kat kantin. Boleh jimat RM15 seminggu ya, tu belum kira lagi kalau pagi-pagi nampak lontong ke soto ke. Dah jadi RM30 seminggu belanja sarapan aje karang, hahaha. Tu takpe, dah sarapan berat kan, nanti tengahari tak lapar, dah petang mulalah meraban cari goreng pisang la, pau la, rojak la sampai BBU, huhuhu.
fav tisya menu udang ni
ReplyDeleteAaa.. mesti chef husband Amy rajin masak udang utk Tisya.
DeleteFav SA ni...suka masak sambal macam ni...kalau letak petai pun sedap ni...tp amik bau je la..sebab SA x makan petai
ReplyDeleteLaa.. tak makan petai ke rupanya, SA. Kita ada petai tapi tak masukkan sebab petai dah lama simpan.
Deletekalau x msk belacan x pe kan?
ReplyDeleteBoleh, sy pun ada masa yg letak belacan ni, hehe. Kadang tak letak.
DeletePekat2 macam ni kalau gaul dengan nasik... sedap!
ReplyDeletetu diaa naa, RM4 dah roti canai , sedap sambal udang pekat-pekat begini SK :)
ReplyDeleteSedap makan sambal udang pekat-pekat. Kelmarin saya masak kari ikan putih, terpekatlah pulak kuahnya. Pagi tadi panaskan semula, tambah air. Cair sikit tapi lebih sedap berbanding semalam.
ReplyDeleteLangsung saya save resepnya kak. Nampak sedaap sangat, apalagi udang. Memang fav saya lah ❤️
ReplyDelete