Assalamualaikum WBT
SK dan Pak Inche ambil cuti tahun semalam (Jumaat), sambung cuti sempena Tahun Baru Cina tiga hari lepas. Sk percaya ramai yang berbuat perkara yang sama, betul tak? Ini la peluang dapat cuti lama sikit tapi potong cuti tahun sehari aje, kannn. Asalnya, tak plan ke mana pun tapi.. macam Sk cakap sebelum ni, PI tu kan, pantang cuti lama sikit, mana naknya dia duduk ontok-ontok jer kat rumah. Tu pun mujur la hari ni kena cover bola JDT vs Terengganu kat SSI. Kalau tak, belum balik Johor lagi agaknya, hehehe.
Cuti panjang kali ni, kami jalan-jalan ke Kolumpo. Kami keluar awal pagi CNY tu, perjalanan lancar dan menenangkan. Tiada kesesakan walaupun aliran trafik agak tinggi. Tak ada pemandu giler dari neraka (kecuali sebuah Honda HRV warna maroon). Mungkin berkesan jugak langkah JPJ meletakkan kamera AwAS yang lebih canggih dari AES dengan fungsi yang lebih baik.
Kali ni, Sk nak bawa pembaca ke Kedai Makan Cantik yang terletak di Bandar Baru Bangi. Asalnya nak ke Restoran Mak Kimbong di Bangi jugak, tapi manusianya BEGINI! (sambil baca tu korang kena bayangkan tapak tangan Sk ni menghempap kiri dan kanan tau), hahahah. Selepas membuat carian di Tik Tok, PI memilih Kedai Makan Cantik ni. Hah, terkejut tengok berpuluh-puluh, malah mungkin cecah ratusan tray lauk di susun berbaris dalam ruangan dalam kedai sampai rambang mata nak pilih yang mana satu. Nak pilih dua tiga lauk pulak takut tak habis sebab ikan dan sotongnya besar-besar bas!
Kedai Makan Cantik ni beroperasi di tiga lot kedai. Lauk-pauk sahaja ditempatkan di dalam satu lot. Ada juga ruang makan di kaki lima dan serambi kedai. Macam biasa kalau kedai nasi campur ni layan diri la, ambil nasi dan boleh terus pilih lauk bawa ke meja. Ada staf yang akan datang ambil pesanan minuman dan kira harga makanan di meja. Bayar di kaunter selepas makan, mudah dan tidak menyusahkan pelanggan.
Cuma tu la tuuuu.. Sk terkejut tengok nasinya atau jenis beras yang digunakan. Nama sahaja Kedai Makan Cantik tapi beras atau nasinya tak cantik langsung! Nasi jugak macam keras tapi bukan jelatah atau mentah. Warna pun tak berapa nak putih dan gebu, memang bukan beras yang berkualiti. Kantin Kak Sab pun nasinya lagi elok kadang guna beras panjang lagi, hurmmm. Makan ajelah, takkan nak buang pulak nasi.
Sk tak sempat ambil gambar lauk di pinggan PI sebab kami bergilir ambil makanan kerana nak cop meja. Memang time makan tengahari masa tu, tu orang ramai.
PI - Urat Keting Masak Minang (RM10), Tauhu Sumbat (RM1.50), Kerabu Mangga (RM4), Nasi Putih + Hati Ayam (RM4)
Sk - Ikan Cencaru Sumbat Kelapa (RM12), Jantung Pisang Masak Lemak (RM5), Nasi + Sambal Belacan (RM2)
Masakannya sedap tapi tu la.. beras dia.. hurmmm.
Guna beras murah agaknya tu. Lauk sedap pun jadi tak sedap kalau nasi tak sedap.
ReplyDeletesedih juga kan... tp banyak sungguh lauknye tu... kepelbagaian lauk pauk
ReplyDeleteBila dah banyak lauk, jadi tak tahu nak pilih mana 1..
ReplyDeleteKalau beras tu campur pun, ok dah rasenya..
Beras pulak spoil ye :(
ReplyDeleteLama tak JJCM area Bangi tu.