Assalamualaikum WBT
SERONOK sangat la sejak cuti hujung minggu di Johor ditukarkan kepada Sabtu dan Ahad. Dapatlah luangkan masa cuti dua hari dengan Pak Inche berbanding dulu, kami cuma dapat jumpa pada hari Sabtu. Hari lain tu bukan tak jumpa tapi kurang aktiviti bersama. Jika nak jalan jauh sikit, dua-dua kena ambil cuti, PI biasanya akan ambil cuti Jumaat dan Sk pulak kena ambil cuti ahad. Kadang-kadang lajak ke Isnin, tu yang cuti tahun tak pernah dapat foward ke tahun seterusnya, hihi.
Saya suka puri cicah chutney kentang tu. Sedap!
ReplyDeleteApom dia pun nampak menarik.