MAKAN DI KOPILOCO ANGGERIK EMAS (IMPIAN EMAS)

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 




DIAM tak diam, dah 6 bulan jugak Iman berkereta. Awal bulan hari tu, dia dapat mesej peringatan agar hantar kereta untuk servis dari Perodua. Padahal mileage belum cecah 10,000. Bila Sk semak, rupanya dah 6 bulan pakai. Nak sangat ada kereta, kan.. pergilah servis sendiri. Tapi.. (sila baca caption dalam ig stories Iman).



Dahlah dia buat tempahan pukul 9 pagi. Bergegas bapanya datang sekejap tengokkan apa yang patut, tapi masa ni dah selesai perundingan servis, boleh lagilah tanya-tanya tapi.



Sk datang nak bawa Iman pergi sarapan. Memang makan modal la sikit kalau anak balik bercuti ni, hahahaha.



Iman berangan nak makan menu Hari Selasa iaitu Nasi Ayam, sekali sudah tukar daaaa. Dulu nasi ayam hari selasa, boleh tengok kat SINI menu mengikut hari sebelum ini.


Iman kata agaknya tukang masak menu-menu ni tukar hari cuti dorang, hehehe.



Memang banyak hari jugak yang dah bertukar menunya.



Bukan sahaja menu bertukar, harga pun sudah tidak sama. Aaa.. tal mungkinlah turun, pastinya naik.



Oh, tadi kat Perodua, PI bagi nasi lemak. Dia belikan Iman aje sebab dia tak tahu Sk datang jugak. 



Sesekali mengopi, Signature Kopiloco (RM3.40)



Iman makan Signature Laksa, RM15.90. Sedapppp!


Ada udang beso sekor!


Pagi-pagi Sk dah makan telur rebus dua biji, jadi kat sini Sk cuma pesan Salted Egg French Toast (RM9.90).



Nasi Lemak tu PI beli depan Maybank BBU.



Nasi lemak telur sebelah, RM2.50 sahaja. Sedappp.



Iman tengok kat Tik Tok, ramai kata Otak-Otak ni sedap. Sedap tu subjektif, bagi kami, sedap lagi otak-otak yang dibungkus dalam daun kelapa dan dibakar tu. Otak-Otak ni digoreng dengan sedikit minyak, rasa dia agak berminyak sikit la. Kalau yang bakar tu tak berminyak, kan. Seketul ni kecik aje, dalam 2" jer kot lebarnya, RM7.90.


Aaa.. boleh nampakkan saiznya bandingkan dengan cawan kopi tu, comel jer.




Favourite Sk ni kalau ke Kopiloco, tapi Sk lagi suka stail San Da Gen, Sandakan, inti dia manis macam kastard. Kat kopiloco ni pedas masin.



Kan Sk cakap, makan modal, hahahahah. 

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ayat makan modal tu sama ayat Suami Lin kalau Lin jd drebar dia Kak outstation hahahaha .. ye laa takkan kita nak berlapar pulakk kann ..

    PI tu sama macam Ayah bebudak ni, cakap jer suruh pi sendiri, tau² muncul, kalau tak muncul depan, notification duit masuk muncul (bayar servis) hahahaha

    ReplyDelete
  2. haha makpak ni sentiasa rasa tak yakin anak boleh buat sendiri kan..mulut je cakap suruh berdikari tapi hati tu dupdap dupdap nak juga tengok sendiri depan mata

    ReplyDelete
  3. SA x yakin dania bleh pi servis keta sendiri..selalu suruh uncle dia yang service, SA kalau kat sini sarapan memang makan modal..nak- nak kalau anak bujang sorang tu ada..satu buku menu tu dia nak order kalau boleh...hahahaha

    ReplyDelete
  4. Kelakar betul baca caption story IG Iman ni....
    Oooo otak-otak gitu pula ya bentuknya, digoreng pula... alaaa kacaulah minyak tu kan SK.

    ReplyDelete
  5. Haha caption dia..inilah namanya papadom.

    Harga makanan kat kedai kalau turun mmg kita buat kenduri 3 hari kat dalam kedai tu

    ReplyDelete
  6. Saya dan keluarga jarang makan kat luar. Biasa makan di rumah atau bungkus makanan je.

    ReplyDelete
  7. Hrg makanan, harga petrol, kalo dah naik, memang tak akan turun dia 🤣. Betul kata kak Ammi, kalo sampai turun, nak kenduri kita 😄

    Oh iyaaa kecil aja size otak2nya yaa. Awalnya saya pikir besar.

    Sedaap nampaknya laksa yg dimakan iman, apalagi udangnya beuugh, mantap kak 😄👍

    ReplyDelete
  8. 2x dah datang rumah SK pagi ni. Tadi dah tulis komen, tak sempat publish hilang 😅

    Mestilah ayahnya datang, first time kot nak service keta Iman tu hehe ..
    Amboi besaqnya udang tu, rezeki la Imana bonda lanjerrrr

    ReplyDelete
  9. Saya pun suka guna ayat makan modal untuk budak 2 ketoi...kalo bawa diorg keluar...bakul sorang satu...beli barang...kita nak capai barang kita pun jeling dulu bakul diorang...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!