MAKAN KENDURI KAHWIN ANAK BONGSU SIS LIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


ORANG ke laut menjala udang,

Petang hari pasang pelita,

Yang ditunggu sudah pun datang,

Yang dinanti sudah pun tiba.


Alhamdulillah,  tengahari semalam, Sk dan Pak Inche dapat memenuhi undangan Walimatulurus dari rakan blogger Sis Lin dan En Sabar seisi keluarga sempena majlis menyambut menantu antara anak bongsu mereka berdua, Ridzuan yang kami panggil Amat dan isterinya Dalilah.




Blogger pertama yang Sk temui, Retna yang juga dikenali sebagai Anak Omak. Pinjam gambar Anak Omak tepek kat sini 😆. 




Jamuan kenduri merupakan Nasi Minyak dan konco-konconya.. Ayam Masak Merah, Daging Beriani, Dalca dan Pajeri Nenas.. sedappp! Kami ambil tempat berhampiran meja buffet. PI pergi cuci tangan, tak lama PI datang balik bawa anak sedara ni haaa.



Terkeliru sekejap Sk, sebab Shoun ni anak sepupu kami, sedara celah mana pulak, sebab dah kerap jumpa Lin tak tahu pulak kalau mungkin ada hubungan saudara antara isteri Shoun ke kan. Rupa-rupanya Shoun dan kawan-kawannya buat live band. Aaaa.. mereka ni memang pemuzik secara sambilan.




Tak lama, Sunah Sakura sampai bersama rakan media dari Iskandar, Norfy diikuti Marcom Manager Thistle JB, Mr Joshua bersama isteri dan anak, ngam-ngam kami duduk semeja, tapi lupa pulak nak bergambar sekali. Okey, semalam 1 Februari, kita pulang ke pangkal jalan, minum ais kosong jer. Tapi balik kenduri singgah Taman U beli goreng pisang lepas tu terbuat pulak Teh Tarik, hahahahah.




Tu tak pe... ko tengok!!!




Ada kambing golek, takkan nak pandang-pandang jer, ada roti jala, putu piring dan kuih talam (kole kacang, keladi, ubi). Ni semua dah selamat la ya masuk ke perut Sk. Biar menyesal makan dari menyesal tak makan, gituh!




Terima kasih Sis Lin tak pernah lupa jemput kita dari MAJLIS YANA & KIDIR DI BIZMILLA, majlis kakak NASTASEA & ARIFFUDDIN DI THISTLE JB  sampailah majlis Amat ni, tak pernah tak meriah majlisnya. Ops, sorry tau, Suria Amanda, kita lupa nak jumpa awak sebelum balik 🤭.




“Allahumma aj'il zawajihima zawajan mubarak, wa sa'adatan daimah, wa ulfatan qawiyah baynahuma.” “Ya Allah, jadikanlah perkahwinan mereka, MUHAMMAD RIDZUAN BIN SABAR dan  NUR DALILAH AMIRAH BINTI MOHD NIZAM sebagai perkahwinan yang diberkati, kebahagiaan yang kekal, dan hubungan yang kuat di antara mereka.”

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Betul itu baik makan sebelum menyesal.
    Tapikan hendak makan perut rasa penuh. Apabila balik perut dah kurang rasa penuh, rasa mengapalah tidak rasa makanan itu dan ini. Hehe. Kadang-kadang untuk elak menyesal, tapau kuih sedikit dalam tisu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!