Assalamualaikum WBT
SELEPAS seminggu bertungkus-lumus di dapur, nampaknya rasa jemu mula bertandang. Kali ni kami beralih ke dapur orang pulak, tukar selera lah gitu. Tekak ni ingin nak makan mee-mee la pulak.
Hari isnin malam, kami cuba nasib ke Al-Anisah Yong Chinese Muslim Food di Taman Nusa Sentral. Sekarang kedai Anisah ni tutup lambat sikit, sebelum ni tutup pukul 8, ni dah pukul 9 pun tak tutup lagi, kira langkah kanan la.
Nampak ada menu baharu, Pan Mee Soup dan Pan Mee Kering.
Sk makan Pan Mee Kering, RM9. Selalu kalau makan Pan Mee, ada poached egg, tapi yang ni tak ada. Ingatkan dia lupa letak, tapi dia kata, memang Pan Mee dia tak ada telur. Baiklahhh. Customer is not always right. Pan Mee dia bolehlah, tidak mengecewakan.
PI kalau datang sini memang dia nak makan Mee Hailam la.. tak lain. Kali ni PI makan Mihun Hailam.
Esok malamnya pulak, pergi makan kat Warung Pak Mus. Sebelum tu, pagi kami sarapan kat Kopi Tenggek Kulai, kan. Makan tengahari, Sk panaskan lauk Kari Tulang dan Hati Lembu Masak Pengantin, jadi malamnya kami ke sini. Rezeki PI, roti canai tinggal dua keping. Selalu kalau datang malam, dah habis roti canainya.
Mee Bandung Tetel (daging), PI punya jugak.
Oleh sebab dia dah kekenyangan makan roti canai, mee bandungnya tak habis, tinggal sikit laaa.. Sk tukang habiskan dagingnya, hahahah. Sedap betul Mee Bandung. Dekat sini, mee bandung tu dia memang masak mee dalam kuali sekali dengan kuah ya, bukan tuang kuah atas mee. Dalam kuah ada letak kacang, orang kata yang letak kacang ni stail Batu Pahat, betul ke?
Sk kalau datang sini memang nak makan Mee Goreng. Kali ni Sk makan Mee Goreng Udang, biasa makan Mee Goreng Daging.
Mee goreng sedap macam biasa. Mee dia kenyal, rencah tumis dia pun sedap, sebab tu sini selalu full house, lambat sikit, wassalammmm.
Sampai 3 udang! Lumayan!
ReplyDeleteNampak sedap mi goreng udang tu.
ReplyDelete